BERITA

Belanjawan 2021: Pembangunan luar bandar perlu jadi fokus utama - Timbalan KM Sabah



KOTA KINABALU, 3 Okt -- Pembangunan luar bandar perlu menjadi fokus utama Belanjawan 2021 dengan penekanan kepada pembangunan infrastruktur serta jaringan internet, selain meningkatkan kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata tumpuan utama bagi infrastruktur ialah jalan raya di kawasan luar bandar yang majoritinya kini pada tahap rendah yang menyebabkan penduduk berdepan kesukaran dalam kehidupan seharian.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata kebanyakan jalan raya negeri ini masih tidak sempurna yang secara tidak langsung menghalang rakyat memajukan diri sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan mahupun sosial.

"Jalan-jalan raya rosak dan tidak sempurna ini menyukarkan penduduk memasarkan hasil pertanian mereka yang sudah tentu menjejaskan usaha memajukan sektor pertanian bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual membentangkan Belanjawan  2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini. 

Joachim berkata jaringan internet yang lemah menyebabkan penduduk luar bandar ketinggalan dalam semua bidang terutama pendidikan dan ini jelas dapat dilihat ketika pandemik COVID-19 yang semua kaedah pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam talian.

Beliau berkata akses internet yang kurang berkualiti akan menyukarkan pelajar di kawasan luar bandar mendapatkan pembelajaran berkualiti.

"Jurang komunikasi antara bandar dan luar bandar ini perlu diatasi segera,” katanya.

Selain itu, beliau juga berharap kerajaan melanjutkan tempoh moratorium dalam Belanjawan 2021 selama enam bulan lagi.

Joachim juga berharap taman perindustrian di Sabah seperti Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) dan Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) dapat diberi perhatian.

"Ini semua penting dalam membantu menjana ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan yang akan dapat membantu rakyat keluar daripada kemelut ekonomi sekarang," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel