BERITA

Belanjawan: Kelantan pohon RM500 juta maju sektor pertanian



PASIR PUTEH, 3 Nov -- Kelantan memohon peruntukan lebih RM500 juta bagi memajukan sektor pertanian membabitkan 61 projek yang memberi faedah kepada 30,000 petani di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata peruntukan itu wajar memandangkan Kelantan ketinggalan jauh dalam sektor pertanian berbanding dengan negeri-negeri lain.

“Sebilangan besar peruntukan itu bagi membangunkan infrastruktur dan menambah baik projek-projek sedia ada menerusi agensi-agensi kerajaan negeri dan Pusat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tuan Mohd Saripudin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising berkata antara projek yang bakal dilaksanakan adalah menaik taraf Pelabuhan Perikanan Tok Bali di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Selain itu, katanya, peruntukan berkenaan juga akan digunakan untuk meneruskan projek tanaman nanas berskala besar, tanaman kelapa pandan dan matag bagi menggantikan tanaman pokok-pokok kelapa yang kini semakin tua dalam usaha menambah sumber baharu makanan negara.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga bercadang memajukan tanaman durian Musang King terutama di kawasan hulu Kelantan yang berpotensi mendapat permintaan tinggi dari dalam dan luar negara di samping  memberi pendapatan lumayan kepada petani yang mengusahakannya.

“Selain itu, kerajaan negeri bercadang akan memperluaskan lagi projek ternakan ikan air tawar di Zon Akuakultur di Tok Uban, Pasir Mas iaitu salah satu projek akuakultur terbesar di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM150,000 setiap tahun bermula tahun lepas tetapi tidak mencukupi bagi melaksanakan projek-projek itu secara lebih luas untuk memberi faedah kepada lebih ramai kepada petani.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel