KUALA LUMPUR, 3 Nov -- Kerajaan perlu memberi tumpuan untuk mempertingkatkan kelajuan capaian internet dengan caj lebih rendah susulan peningkatan penggunaan perkhidmatan itu dalam kalangan rakyat.
Presiden Persatuan Animasi Malaysia Amir Hamzah Hashim berkata budaya kerja baharu ketika ini memperlihatkan pelbagai urusan dibuat secara dalam talian berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
"Sebagai contoh, dalam bidang animasi sendiri apabila kita terlibat dengan PKP, kita ada kekangan untuk bekerja di studio dan terpaksa bekerja dari rumah dengan masa yang lebih panjang kerana situasinya berbeza serta banyak hantaran pekerjaan perlu dibuat secara dalam talian.
"Jadi, jika kelajuan capaian internet dapat ditingkatkan dengan bayaran yang lebih rendah, ia dapat menstabilkan kos operasi syarikat," katanya kepada Bernama semasa menyatakan harapan industri animasi terhadap Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.
Amir Hamzah turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan lebih banyak slot siaran animasi tempatan di stesen televisyen bagi mempergiatkan penerbitan animasi dan kelestarian studio animasi sedia ada.
"Apabila banyak stesen televisyen membeli produk animasi tempatan, ia akan mewujudkan lebih banyak ruang pekerjaan terutama buat siswazah baharu.
“Bagi menggalakkannya, kerajaan dicadang memberi insentif khas kepada stesen penyiar dalam bentuk potongan cukai supaya mereka membeli produk animasi ini,” katanya.
Turut senada, Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia Mohd Azrul Mohd Nor yang mencadangkan agar kerajaan meningkatkan lagi fungsi kerajaan digital dengan memberi keutamaan dalam bidang keusahawanan.
Beliau berkata keadaan itu akan mempercepatkan peralihan kepada pendigitalan operasi perniagaan terutama buat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Harapan kita adalah untuk mengurangkan kekangan perniagaan yang dihadapi PKS dan usahawan akibat pandemik. Justeru, platform digital dilihat menjadi keperluan penting untuk membolehkan mereka mengadaptasinya dalam urusan perniagaan,” katanya.
Pada masa sama, Mohd Azrul turut menyarankan agar kerajaan memperbanyakkan lagi pelbagai kursus, latihan dan program berkaitan pendigitalan perniagaan kepada PKS dan usahawan yang berminat untuk mengembangkan atau menukar konsep perniagaan kepada platform e-dagang.
“Kita harapkan agar setiap perniagaan PKS ini didigitalkan, bukan sahaja dari segi jualan dan pemasaran tetapi juga dari segi pengurusan syarikat, pentadbiran, perkhidmatan dan sebagainya,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel