BERITA

Belanjawan: MOM cadang skim pencen untuk atlet Sukan Olimpik



Oleh Vikneswaran Raman

KUALA LUMPUR, 3 Nov  -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan skim pencen untuk atlet yang telah layak ke Sukan Olimpik dan mencapai kejayaan yang setara dengan Olimpik.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pencen itu akan membantu mengurangkan beban atlet kebangsaan yang telah banyak berkorban demi kejayaan negara.

Acara yang setaraf dengan Olimpik seperti Kejohanan Dunia dalam beberapa jenis sukan.

“Atlet telah banyak memberi sumbangan negara pada masa lalu tetapi ramai yang menghadapi kesukaran kini, terutamanya dalam keadaan pandemik COVID-19. Ada yang terpaksa menjual kasut dan pingat untuk mendapatkan wang.

“Kerajaan harus mencari penyelesaian untuk isu ini,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai cadangan MOM untuk Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Dewan Rakyat Jumaat ini.

Beliau juga mengalu-alukan saranan yang dibuat Presiden Persatuan Olimpian Malaysia (MOA) Karu Selvaratnam supaya atlet kebangsaan dilindungi insuran perubatan percuma, berdasarkan laporan Bernama minggu lepas.

Di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik Majlis Sukan Negara, hanya pemenang pingat Olimpik dan Paralimpik yang menerima elaun bulanan seumur hidup untuk prestasi kelas dunia mereka.

Pemenang pingat emas akan menerima wang tunai RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dan pencen bulanan RM5,000; pemenang pingat perak menerima RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 manakala pemenang pingat gangsa menerima RM100,000 serta pencen sebanyak RM2,000 sebulan.

Oleh kerana pandemik COVID-19 telah memaksa banyak industri mengalami kerugian termasuk sukan selepas banyak acara dan aktiviti sukan dihentikan sejak awal tahun ini, Mohamad Norza berkata antara cara bagaimana kerajaan boleh membantu adalah menerusi cukai.

Beliau berkata kebiasaannya industri dan persatuan sukan menjana pendapatan menerusi tiga cara - penganjuran kejohanan, penajaan dan pembiayaan kerajaan - tetapi pandemik ini telah menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka.

“Kerajaan boleh membantu mengalihkan dana ke program atau agenda sukan negara daripada industri lain, sama ada peratusan keuntungan mereka disalurkan secara eksklusif ke sukan atau memperkenalkan ‘cukai sukan’ atas keuntungan mereka. Sukan sentiasa menjadi elemen penting dalam menyatupadukan negara, sumbangannya amat besar,” katanya.

Dalam hal ini, MOM juga mencadangkan agar pelepasan dan pengecualian cukai diberi kepada syarikat dan individu yang terlibat dan menyumbang kepada industri sukan.

“Secara umumnya, kerajaan sudah memberikan pelepasan cukai sebanyak tujuh dan 10 peratus masing-masing kepada individu dan syarikat. Jika kerajaan mampu untuk meningkatkan peratus pelepasan cukai kepada mereka yang menyumbang untuk sukan, ia pasti akan menarik lebih banyak syarikat khususnya menjadi penaja atau rakan kongsi sama ada dalam acara sukan atau persatuan sukan kebangsaan.

“Kita menyedari bahawa pandemik ini menjejaskan industri sukan dengan teruk khususnya kepada mereka yang memiliki kemudahan. Oleh kerana SOP (prosedur operasi standard), banyak kemudahan ini sekarang kurang digunakan. Begitu juga, penganjur acara turut terkesan sama seperti atlet yang biasanya akan memperoleh pendapatan daripada menyertai pelbagai kejohanan,” katanya.

Mohamad Norza berkata sukan adalah industri yang dikendalikan oleh ramai bekas atlet dan individu yang tidak mampu bertahan dalam tempoh pandemik ini tanpa bantuan kerajaan.

Beliau berkata MOM telah berbincang dan menghantar cadangan ini kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini, yang menerimanya dengan positif dan akan meneliti di peringkat kementerian sebelum menyerahkannya kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

-- BERNAMA

 

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel