BERITA

Pendigitalan harus menjadi keutamaan untuk Belanjawan 2021 - RAMSSOL Group



KUALA LUMPUR, 3 Nov  -- Kumpulan perkhidmatan pengurusan maklumat sumber manusia, RAMSSOL Group, mahu melihat Belanjawan 2021 yang akan datang menyokong perniagaan tradisional dalam transformasi mereka ke arah pendigitalan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Cllement Tan berkata syarikat itu percaya bahawa sokongan kewangan yang besar diperlukan untuk mempercepatkan penggunaan teknologi digital dalam proses transformasi dan peningkatan pekerja.

"Ini dapat dilakukan melalui dana atau subsidi yang menggalakkan meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja, memberi organisasi sokongan tambahan yang diperlukan untuk memastikan tenaga kerja mereka mampu menjalankan proses pendigitalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi memastikan kemampanan syarikat, Tan mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk memberi pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama bagi syarikat pemula niaga serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Secara keseluruhan, kami percaya teknologi maklumat harus menjadi fokus utama, terutama dengan trajektori proses pendigitalan. Penyelesaian harus komprehensif dan digunakan untuk pelbagai sektor serta membantu negara bagi merebut peluang pada tempoh pemulihan ini,” katanya.

Kerajaan dijadualkan membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen pada hari Jumaat ini.

-- BERNAMA

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel