BERITA

Belanjawan 2021: Dutch Lady minta dikecualikan duti eksais, duti import dan SST



KUALA LUMPUR, 3 Nov  -- Dutch Lady Milk Industries Bhd (Dutch Lady) meminta pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas minuman manis dan duti import produk tenusu dan produk berasaskan tenusu dalam Belanjawan 2021.

Ia berkata pengecualian itu akan menggalakkan persekitaran perniagaan yang kondusif.

Syarikat tenusu terkemuka di Malaysia itu berkata kerajaan juga harus sekurang-kurangnya menyelaraskan sektor itu dengan dasar kesihatan seperti inisiatif Logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan yang terus diperjuangkan oleh Dutch Lady.

Logo Pilihan Lebih Sihat diberikan kepada produk makanan dan minuman yang memenuhi kriteria nutrien ditetapkan.

"Dutch Lady menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk memperkukuhkan langkah-langkah keselamatan makanan dalam memastikan Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menangani pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, ia berkata peruntukan untuk memacu pelaburan semula di Malaysia untuk pelaburan langsung asing (FDI) adalah langkah yang disambut baik, selain memberikan peruntukan khas bagi membangunkan program bertujuan meningkatkan agenda keselamatan dan kesihatan makanan Malaysia untuk rakyat.

"Kami juga mencadangkan supaya insentif khas dimasukkan ke dalam Belanjawan 2021 untuk kerjasama antara pihak swasta dan awam bagi membangunkan dan mengembangkan program kemampanan tenusu domestik, ia sudah pasti akan menyokong usaha untuk terus meningkatkan keselamatan makanan untuk negara kita," katanya.

Diperbadankan pada tahun 1963, Dutch Lady dimiliki oleh salah satu syarikat koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat tenusu multinasional Belanda.

Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.

-- BERNAMA



 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel