KOTA BHARU, 4 Nov -- Ramai pemain dalam kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) berharap Belanjawan 2021 dapat menyumbang kepada usaha menjana peningkatan perniagaan, sekali gus membantu negara menjana semula ekonomi dalam norma baharu susulan penularan pandemik COVID-19.
Pengerusi Hal Ehwal Usahawan, Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUITM) Ahmad Muzakkir Hamid berkata belanjawan itu seharusnya lebih baik berbanding sebelumnya, semasa seluruh dunia berhadapan dengan pandemik COVID-19.
"Sudah tentu golongan peniaga IKS, usahawan micro memerlukan peruntukan khas bagi jangka hayat perniagaan mereka yang terkesan (akibat pandemik). Ia penting untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam negara berikutan ketika ini begitu banyak syarikat yang terpaksa mengurangkan jumlah pekerjaan dan kos operasi," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga diharapkan mempunyai kaedah untuk memberi diskaun kepada pelbagai bil utiliti seperti bil air dan elektrik, melonggarkan syarat pinjaman serta memudahkan pinjaman perniagaan seperti Tekun Nasional, Amanah Iktiar Malaysia (MARA) untuk peniaga IKS.
Beliau turut menyarankan supaya tempoh moratorium dilanjutkan, di samping satu kaedah dicari bagi memudahkan penjadualan semula pinjaman dengan kadar bayaran bulanan lebih rendah.
Belanjawan 2021 dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel