BERITA

Belanjawan 2021: Wujud skim jaminan pekerjaan bagi lepasan universiti - Prokens



KUALA LUMPUR, 4 Okt -- Kerajaan disaran mewujudkan skim jaminan pekerjaan menerusi pembentangan Belanjawan 2021 bagi mengatasi masalah ribuan siswazah yang baharu tamat pengajian namun belum mendapat pekerjaan kesan penularan COVID-19.

Pengarah Kemahiran Insaniah dan Kebolehpasaran Pekerja (Prokens) Muhammad Abu Kadir Mubarak Ali berkata skim berkenaan boleh dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun dengan menumpukan kepada sektor ekonomi yang mendapat permintaan industri.

Antara sektor berkenaan adalah sektor pembuatan pakaian peralatan pelindung diri (PPE) atau penghasilan cecair pencuci, pelitup muka, digital dalam talian, teknologi maklumat dan pembangunan perisian komputer.

“Dalam pandemik COVID-19, berlaku peningkatan syarikat mengecilkan operasi dan ada yang tutup, sekali gus berlaku pemberhentian pekerja...jumlah ini belum dikira mereka yang masih mencari peluang pekerjaan.

“Namun, ada juga sektor tertentu yang mendapat permintaan tinggi dan bidang ini harus diberi fokus.  Kewujudan skim jaminan pekerjaan misalnya akan menjadi platform untuk mereka mencari pengalaman dan meningkatkan kemahiran teknikal selari dengan kehendak pasaran semasa,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Muhammad Abu Kadir berpendapat golongan belia yang bekerja sendiri dan telah hilang pendapatan susulan pandemik COVID-19 juga harus diberikan bantuan bulanan bagi tempoh enam bulan bagi membantu mereka meneruskan kehidupan.

Katanya, usaha ini telah diamalkan di negara seperti Singapura, United Kingdom dan Australia yang mana kerajaan mereka membayar ‘gaji’ kepada belia yang terjejas sebagai bantuan asas sementara menunggu dunia pulih daripada COVID-19.

“Mereka ini adalah golongan yang tidak layak menerima bantuan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) kerana pekerjaan seperti peniaga, pekerja bebas dan pemandu e-hailing bukan dalam kategori pekerjaan tetap,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha pula mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan program Ladang Belia dengan menggunakan tanah kerajaan yang terbiar.

Katanya, bidang pertanian mungkin kurang popular, namun berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu 7.2 peratus, pertanian adalah satu-satunya industri yang berkembang pada suku kedua tahun ini.

“Penglibatan anak muda dalam bidang pertanian juga akan mengurangkan penghijrahan golongan itu dari desa ke bandar kerana bidang tersebut boleh dimajukan di mana-mana asalkan mereka diberi bimbingan sewajarnya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel