BERITA

Belanjawan 2021: Peminjam yang berdepan bayaran tunggakan lebih tiga bulan tagih bantuan

File pic

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Kerajaan digesa membantu golongan peminjam yang mempunyai masalah bayaran pinjaman tunggakan melebihi tiga bulan dengan bank sehingga ada antara mereka diisytiharkan muflis dan harta dilelong. 

Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd Arif berkata senario ini berlaku apabila sumber pendapatan mereka terjejas akibat pandemik COVID-19 terutama mereka yang bekerja sendiri.

“Mereka bukan degil tidak mahu bayar. Mereka mahu bayar ansuran pinjaman, tapi mengikut kadar kemampuan masing-masing, bukan mengikut kadar pinjaman ansuran yang ditetapkan oleh bank,” katanya kepada Bernama.

“Bank sepatutnya bertoleransi dalam memudahkan urusan setiap peminjam yang dalam keadaan tertekan, bukannya ambil tindakan terburu-buru seperti isytihar muflis dan harta peminjam seperti rumah, pejabat dan kereta dilelong, walaupun rayuan dan cadangan telah dikemukakan oleh pengadu” tambahnya.

Rosland berkata penangguhan bayaran balik atau moratorium hanya layak pada peminjam yang tidak ada tunggakan dari tarikh moratarium mula dikuatkuasakan.

“Peminjam yang bermasalah ini sepatutnya diberikan keutamaan moratorium dan buat penjadualan semula ikut kemampuan masing-masing,” katanya sambil menambah pihaknya menerima 50 kes aduan seperti itu setiap hari sejak penularan pandemik.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berharap bantuan prihatin seperti e-dompet dapat diteruskan bagi meningkatkan kuasa membeli pengguna dalam persekitaran pandemik ini, sekali gus merancakkan sektor perniagaan.

"FOMCA berpandangan tumpuan utama kerajaan adalah mengurangkan kesan ekonomi yang dihadapi rakyat, jadi adalah perlu bantuan kewangan diberikan bagi membantu menggalakkan rakyat untuk kembali berbelanja.

"Rakyat tidak peduli berapa nilai bantuan diterima, namun harapan mereka ia dapat disegerakan kerana ramai yang agak terhimpit dengan keadaan terkini,” katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel