BERITA

Belanjawan 2021: Pembangunan e-sukan wajar diberi penekanan khusus



KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Sukan elektronik atau e-sukan yang semakin mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur wajar diberikan penekanan khusus dalam Belanjawan 2021, kata Presiden Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL) Hisham Darus.

Beliau berkata dalam mendepani norma baharu yang memberi kesan kepada semua sektor ekonomi dan sukan di negara ini, e-sukan terbukti sebagai platform paling berkesan membantu masyarakat mematuhi perintah kerajaan menerusi kejohanan dalam talian dan sesi webinar.

“Bagi mewakili suara komuniti e-sukan di Malaysia, saya menyeru agar Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini turut memperuntukkan jumlah dirasakan wajar bagi pembangunan industri sukan elektronik agar dapat dimanfaatkan melangkaui daripada penganjuran kejohanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hisham berkata penekanan dalam pendidikan mengenai e-sukan secara sihat dan berhemah masih pada tahap sederhana dalam kalangan masyarakat terutama bagi penggiat sukan itu selain pembangunan infrastruktur dan akar umbi yang dilihat masih tercicir berbanding negara serantau lain.

“Saya yakin sekiranya peruntukan pembangunan ini dapat disediakan, kerjasama antara kerajaan dengan persatuan dan komuniti pastinya akan dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang mampu melahirkan lebih ramai atlet profesional dan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Hisham berkata ekosistem e-sukan juga merangkumi pelbagai cabang yang turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara seperti bidang penganjuran, kejurulatihan dan penciptaan kandungan yang juga membantu ekonomi golongan belia masa kini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2020, sebanyak RM20 juta diperuntukkan kerajaan bagi pembangunan e-sukan di Malaysia, sekali gus menyaksikan peningkatan peruntukan dua kali ganda berbanding RM10 juta pada Belanjawan 2019.

-- BERNAMA

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel