BERITA

BNM kekalkan OPR pada 1.75 peratus untuk beri laluan kepada belanjawan pengembangan -- Maybank IB Research 



KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus ialah untuk memberi laluan kepada Belanjawan 2021, demikian menurut Maybank Investment Bank Bhd Research (Maybank IB Research).

Ia berkata belanjawan itu yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada Jumaat, dijangka kekal sebagai belanjawan pengembangan, dengan unjuran defisit RM90 bilion atau 6.0 peratus daripaa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding unjuran RM95 bilion atau 6.7 peratus daripada KDNK pada 2020.

“BNM mengekalkan OPR pada 1.75 peratus untuk dua mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berturut-turut bagi menjaga ruang dasar monetari,” katanya dalam satu nota hari ini.

Maybank IB Research berkata keputusan BNM juga konsisten dengan petunjuk bahawa kemelesetan ekonomi semakin “mencetek” selepas kemerosotan KDNK pada April atau suku kedua 2020 (-17.1 peratus), yang menyokong unjuran KDNK sebenar rasmi pada masa ini iaitu antara 5.5 peratus hingga  8.0 peratus pada 2021, selepas mencatatkan -3.5 peratus hingga -5.5 peratus pada 2020.

Selain daripada OPR dikekalkan, firma penyelidikan itu turut maklum bahawa penggunaan instrumen dasar monetari yang lain untuk meningkatkan kecairan dan memberikan bantuan kelegaan kepada ekonomi telah meruncing, dan oleh itu, mengurangi keperluan untuk campur tangan dasar monetari melalui pemotongan OPR dan/atau langkah-langkah kecairan.

“Ini termasuk memperlahankan pembelian Sekuriti Kerajaan Malaysia oleh BNM, peralihan kepada lanjutan moratorium pinjaman bersasar dan pembayaran pinjaman fleksibel selepas berakhirnya tempoh pinjaman moratorium automatik daripada April hingga September, 2020, katanya.

Buat masa ini, Maybank IB Research menjangkakan OPR akan kekal pada 1.75 peratus sehingga akhir 2021, tetapi akan terus melihat ini sebagai “dovish pause” di celah-celah tinjauan risiko menurun seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Dasar Monetari baru-baru ini.

Dalam kenyataan berasingan pula, AmBank Group mengulangi bahawa tinjauan pertumbuhan KDNK 2020nya ialah pada -3.6 peratus hingga -5.6 peratus, hampir dengan sasaran pertumbuhan BNM pada -3.5 peratus hingga -5.5 peratus selepas bank pusat itu mengekalkan OPR pada 1.75 peratus semalam.

Ketua Ekonomi dan penyelidikan Dr Anthony Dass menjangkakan pakej rangsangan fiskal yang besar (PRIHATIN, PRIHATIN SME , PENJANA dan KITA PRIHATIN) bernilai RM305 bilion atau 21 peratus daripada KDNK, seharusnya dapat membantu menyokong ekonomi domestik.

Semalam, BNM pada mesyuarat MPC yang terakhir untuk tahun ini, mengambil keputusan mengekalkan OPR pada 1.75 peratus, menjadikan penurunan kadar secara kumulatif untuk tahun 2020 kepada 125 mata asas.

Ini juga merupakan kali kedua berturut-turut bank pusat membiarkan kadar dasar itu tidak berubah, dengan sembilan daripada 17 ahli ekonomi meramalkan tiada penurunan kadar, kata Dass.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel