BERITA

Belanjawan 2021: Kebajikan, peralatan canggih pasukan keselamatan wajar diutamakan



Oleh Noraizura Ahmad

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Kelengkapan pertahanan lebih canggih bagi pasukan keselamatan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wajar diberi keutamaaan dalam Belanjawan 2021.

Penganalisis Jenayah Datuk Seri Akhbar Satar berkata pemerhatian beliau mendapati pasukan keselamatan perlu dilengkapkan dengan peralatan pertahanan lebih canggih terutamanya membabitkan kawalan sempadan.

“Pencerobohan pendatang asing tanpa izin ke dalam negara semakin meningkat dan sudah tiba masanya kerajaan membeli dan menambah baik  peralatan berteknologi tinggi seperti dron dan radar yang dapat mengesan bot mereka ini supaya tindakan awal dapat diambil.

“Terutama sekali dengan negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kita tidak mahu kemasukan pendatang tanpa izin menyebabkan pandemik ini bertambah teruk, jadi tindakan awal perlu dilakukan,” katanya kepada Bernama.

Tegasnya, belanjawan dari segi keselamatan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara adalah penting dan perlu diberi perhatian.

Selain peralatan, Akhbar berkata tumpuan juga perlu diberikan kepada kebajikan warga PDRM membabitkan logistik seperti perumahan bagi anggota dan pembayaran elaun kerana perkara itu berkait rapat dengan moral.

Kebajikan yang tidak dijaga dengan baik boleh menyebabkan moral anggota ‘runtuh’ dan memberi kesan kepada masalah sosial yang semakin meningkat, katanya.

“Mungkin untuk permulaan ini mengenai elaun sewa rumah di bandar besar perlu dipertimbangkan mengikut kadar sewaan semasa kerana kediaman tidak dapat disediakan untuk semua di bandar-bandar besar. Emolumen sedia ada juga perlu dikaji semula dengan beban tugas semasa anggota ini diperhalusi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Pegawai Kanan PDRM (RESPA) Tan Sri Mohd Ismail Che Rus berkata kerajaan sepatutnya memberi pertimbangan istimewa kepada anggota keselamatan supaya dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab tanpa menghadapi sebarang masalah.

“Jika ada kekangan dalam keadaan ini, tentu sekali akan menjejaskan perkhidmatan polis,” katanya.

Bagaimanapun, beliau meletakkan keyakinan kerajaan akan memberikan tumpuan kepada kebajikan petugas barisan hadapan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel