BERITA

Muhyiddin berharap semua sokong Belanjawan 2021



PUTRAJAYA, 4 Nov -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap semua Ahli Parlimen termasuk daripada blok pembangkang akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini demi kepentingan rakyat dan kebaikan negara.

Perdana Menteri optimis semua ahli politik komited dan akan bekerjasama untuk kebaikan negara.

"Pada sesi Parlimen lepas, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen yang menentang Akta Kumpulan Wang COVID-19 (Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas dengan Bernama dan stesen-stesen televisyen tempatan menjelang pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov.

"Melihat kepada kepentingan Belanjawan 2021 dalam meneruskan usaha menangani wabak COVID-19, melindungi kelangsungan hidup golongan mudah terjejas dan memacu ekonomi, saya berharap semua Ahli Parlimen daripada semua latar belakang politik akan menyokong Belanjawan 2021," katanya.

Muhyiddin berkata semua pihak perlu menumpukan usaha bagi membantu rakyat yang terkesan teruk susulan COVID-19 ketika negara berhadapan dengan situasi sukar dan menyulitkan.

"Isu di hadapan kita bukan isu kerajaan semata-mata tapi isu negara.

"Kalau kita sayangkan negara kita… kita nak selamatkan negara kita dengan apa cara pun," kata beliau. 

Perdana menteri berkata kerajaan sememangnya mempunyai tanggungjawab dan bebanan utama dalam perkara itu.

"Boleh ringankan bebanan itu jika semua pihak ketepikan fahaman politik dan membantu kerajaan.

"Jemaah menteri boleh laksanakan dan pegawai kerajaan yang diamanahkan pun boleh melaksanakannya, namun kalau pihak lain dapat membantu lagi dalam apa jua sekalipun, ia merupakan satu pengorbanan yang amat kita hargai," kata beliau.

Muhyiddin percaya belanjawan itu akan mendapat sokongan semua peringkat lapisan Ahli Parlimen dan seterusnya di peringkat Dewan Negara.

"Saya harap ini dapat ditunaikan supaya bebanan kerajaan dan rakyat dapat dikurangkan," kata beliau.

Perdana menteri berkata belanjawan tersebut merupakan belanjawan yang inklusif kerana pandangan pelbagai pihak termasuk parti pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan, ahli perniagaan dan rakyat diambil kira.

Beliau berkata ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara input daripada pembangkang diambil kira dalam pengubalan belanjawan negara.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual membentangkan Belanjawan  2021 di Dewan Rakyat.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel