BERITA

Kerajaan ambil pendekatan berbelanja secara berhemat - PM



Oleh M. Saraswathi

PUTRAJAYA, 4 Nov -- Kerajaan telah mengambil pendekatan berbelanja secara berhemat terutamanya bagi perbelanjaan mengurus dan pada masa sama mengoptimumkan pendapatan daripada pelaburan dan syarikat milik kerajaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengakui bahawa ekoran krisis COVID-19 itu, kerajaan menghadapi cabaran fiskal berikutan kejatuhan ketara pendapatan cukai bagi tahun 2020 dan 2021. 

Harga minyak yang rendah turut menjejaskan pendapatan kerajaan.

"Bukan sahaja Malaysia, negara-negara lain di seluruh dunia turut berhadapan masalah yang serupa. Tetapi, sekiranya kita perlu berbelanja untuk membantu rakyat, kita harus mencari jalan untuk melakukannya,” kata beliau dalam temu bual bersama Bernama dan stesen televisyen tempatan, menjelang pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.

Matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan sumber mencukupi bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan. 

"Kita tidak mahu rakyat menderita,” kata perdana menteri.

Sehubungan itu, kerajaan telah membenarkan defisit fiskal meningkat ke paras 6.0 peratus bagi tahun 2020, demi membiayai perbelanjaan tambahan kerajaan dalam menangani penularan wabak COVID-19 dan langkah pakej rangsangan ekonomi, PRIHATIN, PENJANA dan KITA PRIHATIN.

Kerajaan juga telah menaikkan nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada had statutori 55 peratus kepada 60 peratus sekarang, yang memberikan banyak ruang untuk kerajaan melaksanakan belanjawan pengembangan.

Bagaimanapun, Muhyiddin memberi jaminan bahawa, sebaik sahaja ekonomi kembali kukuh dan aliran pendapatan kerajaan semakin baik, kerajaan akan mengukuhkan disiplin fiskalnya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel