BERITA

Belanjawan 2021: Pengecualian cukai, lanjutan pakej prihatin - NGO



GEORGE TOWN, 4 Nov -- Badan bukan kerajaan (NGO) berharap pengecualian cukai dan lanjutan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini, akan termasuk dalam insentif Belanjawan 2021.

Pesuruhjaya Persatuan Buddha Tzu Chi Merits Malaysia Khoo Boo Leong berharap Kerajaan Persekutuan akan terus melanjutkan pengecualian cukai bagi NGO.

“Tahun ini sahaja  kami telah membelanjakan RM6 juta untuk pandemik COVID-19 dan kebanyakan kes, masyarakat memohon bantuan kerana terkesan disebabkan pandemik ini yang berlanjutan, menyebabkan peningkatan pengangguran dan sumbangan yang diterima turut berkurangan,” katanya kepada Bernama.

Belanjawan 2021 dijadual diumumkan pada persidangan Parlimen 6 Nov ini.

Sementara itu, Presiden One Hope Charity and Welfare Berhad (One Hope) Chua Sui Hau berharap Kerajaan Persekutuan akan melanjutkan program dan insentif yang diperkenalkan dalam pakej PRIHATIN untuk membantu keluarga berpendapatan rendah yang terjejas dengan wabak itu.

Beliau berkata bantuan ekonomi yang diberi dapat mengurangkan beban tanggungan keluarga yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19 terutama bagi golongan B40.

“Saya sangat berharap kerajaan akan lebih prihatin terhadap kebajikan petugas barisan hadapan perubatan dan terus menawarkan insentif tunai kepada mereka yang membantu memerangi COVID-19,” katanya.

Beliau juga berkata walaupun kutipan dana One Hope berkurangan berbanding tahun lepas, tetapi ia masih berupaya mengumpulkan dana perubatan bagi membantu golongan yang memerlukan buat masa ini.

“Walaupun pandemik ini telah menjejaskan ramai orang, namun penderma kami masih mampu memberi sinar kegembiraan kepada penerima,” katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel