BERITA

Kerajaan PN memang mahu mandat baharu daripada rakyat



PUTRAJAYA, 4 Nov -- Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sememangnya berharap untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat melalui pilihan raya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata pilihan raya umum boleh dibuat sekiranya isu berkaitan pandemik COVID-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara dapat diselesaikan.

“Jika dua perkara ini dapat kita selesaikan, saya memang mengharapkan kita mendapat satu mandat baharu.

“Kita pergi kepada rakyat dan mohon rakyat pertimbangkan. Kalau mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional ini bagus dan prihatin terhadap masalah mereka... mereka akan hargai usaha kita,” katanya dalam sidang media khas secara maya bersama Bernama dan stesen-stesen televisyen tempatan.

“Bila COVID selesai, ekonomi rancak, terserahlah, kita berdoa pada Allah agar negara kita kembali pada landasan yang betul dalam satu tempoh yang tidak terlalu lama,” kata Muhyiddin.

Bagaimanapun, ketika mengulas mengenai dakwaan Belanjawan 2021  yang akan dibentangkan Jumaat ini satu belanjawan pilihan raya, Muhyiddin berkata: “Bila pilihan raya. Saya sendiri tidak tahu.”

“Pilihan raya ke bukan pilihan raya, kita tetap akan bantu rakyat...bela nasib rakyat,” kata Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata kerajaan PN memang sentiasa berusaha dan mahu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat dan keadaan ekonomi yang tidak serancak diharapkan.

“Baru landaikan keluk COVID, gelombang ketiga pula datang,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin pernah membayangkan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel