BERITA

Belanjawan 2021: Kerajaan perlu sedia berbelanja besar

Prof Dr Sivamurugan Pandian

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Melihat situasi negara yang masih berperang dengan pandemik COVID-19 sehingga menjejaskan rata-rata kehidupan rakyat, kerajaan digesa agar bersedia memperuntukkan perbelanjaan lebih besar dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan, Jumaat ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata belanjawan itu juga perlu bertumpu kepada kebajikan rakyat yang merangkumi pelbagai kumpulan sasar.

“Pembentangan belanjawan kali ini  perlu memastikan kesejahteraan rakyat menjadi teras utama.

“Pelbagai isu termasuk pengangguran belia, kemiskinan, peluang pekerjaan, industri kecil dan sederhana yang terjejas kerana penularan COVID-19, wajar diberi keutamaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata golongan wanita warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) juga tidak seharusnya dipinggirkan.

Sivamurugan berkata selain itu bantuan khas perlu diwujudkan untuk kelompok yang memerlukan termasuk mahasiswa dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Bantuan khas itu boleh diberikan dalam bentuk subsidi, pengurangan yuran serta penangguhan pinjaman pendidikan, katanya.

“Rata-rata masih ada pelajar yang terkesan, kita harap ada bantuan khas dan berterusan untuk kelompok ini lebih-lebih lagi bagi pelajar yang keluarganya hilang pekerjaan atau kurang punca pendapatan.

“Kita tidak mahu pelajar turut terbeban kerana mereka memerlukan kewangan yang cukup untuk meneruskan pengajian,” katanya.

Belanjawan 2021 akan dibentangkan Jumaat ini (6 Nov) selepas ditangguhkan daripada tarikh asal yang ditetapkan pada 2 Okt.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel