BERITA

Belanjawan 2021: Masyarakat Orang Asli harap peruntukan lebih besar



GUA MUSANG, 4 Nov -- Masyarakat Orang Asli di Kelantan mengharapkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat ini menyediakan peruntukan lebih besar kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi melaksanakan pelbagai kemudahan untuk mereka.

Peruntukan itu sekali gus dapat memberi perubahan lebih besar dalam kehidupan mereka khususnya dalam penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan jalan perhubungan, bekalan elektrik dan kemudahan air bersih yang dikatakan jauh ketinggalan berbanding penduduk di bandar.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan Bidi Ronggeng berkata, masyarakat Orang Asli dikatakan paling ketinggalan adalah mereka yang tinggal di Pos Balar, Gob, Belatim, Simpor, Bihai, Tohoi, Pasik dan Pos Hau yang memerlukan kemudahan jalan perhubungan lebih selesa.

Katanya, masyarakat Orang Asli sentiasa mengharapkan peruntukan lebih besar dalam belanjawan kerajaan setiap tahun, namun mendakwa peruntukan dibentangkan untuk pembangunan contohnya pada tahun lepas, tidak mempunyai banyak perubahan.

Bagaimanapun, Bidi yakin bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan lebih pemurah dengan golongan Orang Asli yang sekian lama hidup terpinggir dan tidak menerima perubahan seperti diharapkan.

"Lagipun Perdana Menteri sentiasa mengulangi dalam kenyataannya bahawa Belanjawan 2021 lebih kepada pembelaan rakyat yang terbeban dengan pandemik COVID-19 dan pembelaan terhadap pelaksanaan kemudahan sama rata," katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Orang Asli (JKKKOA) Pos Hendrop Kama Rami pula berkata, sesuai dengan belanjawan prihatin kepada seluruh rakyat, kerajaan diharapkan memberi keutamaan pembelaan kepada kaum Orang Asli. 

Beliau berkata kini hanya 30 peratus daripada 16,575 penduduk Orang Asli khususnya di 118 kampung di pedalaman masih berdepan kemunduran kemudahan asas berbanding yang tinggal di Pos Brooke, Hendrop dan Kampung Kuala Betis. 

Katanya, masalah yang dihadapi di pedalaman sentiasa dirujuk kepada pemimpin tempatan dan atasan supaya setiap tahun ada disediakan peruntukan lebih besar bagi melaksanakan kemudahan asas.

"Kita tengok walaupun ada dibangunkan pelbagai kemudahan untuk mereka tetapi tidak secara menyeluruh dan masih banyak yang ketinggalan," katanya. 

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel