Oleh Saraswathi d/o Muniappan
PUTRAJAYA, 4 Nov -- Kerajaan perlu meneliti secara mendalam sebarang langkah untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau pelaksanaan cukai lain termasuk kesannya terhadap ekonomi, kos sara hidup rakyat serta menangani kegiatan ekonomi gelap, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Perdana Menteri, aspek itu perlu diambil kira walaupun kerajaan mengambil maklum terhadap cadangan pelbagai pihak termasuk industri, ahli akademik dan orang ramai agar GST diperkenalkan semula bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Beliau menegaskan, sebarang bentuk cukai kepenggunaan baharu yang diperkenalkan juga perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan.
"Saya paham ada pihak berpendapat bahawa GST adalah satu sistem pencukaian yang lebih efisien dan kutipannya lebih besar daripada SST.
“Namun begitu kita perlu perhalusinya dan MoF (Kementerian Kewangan) juga telah menelitinya tetapi belum mencapai satu keputusan,” katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain di sini, hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021 yang dijadualkan pada 6 November ini.
Malah, kata Perdana Menteri, sebarang keputusan mengenainya yang dicapai akan diumumkan kelak.
Muhyiddin berkata, kesesuaian pelaksanaan semula GST atau model cukai penggunaan lain juga perlu mengambil kira aspek kelebihan dan kelemahan SST serta kekurangan GST yang pernah diperkenalkan pada 2014.
Pada masa sama, adalah menjadi kelaziman untuk kerajaan mengkaji keberkesanan sistem cukai kepenggunaan satu peringkat di Malaysia ketika ini iaitu SST berbanding rejim cukai diamalkan kebanyakan negara lain seperti dalam bentuk cukai kepenggunaan nilai tambah, kata beliau.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel