BERITA

Belanjawan 2021: Bangunkan sistem peringatan awal elak risiko pengeluaran makanan



Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi sektor pertanian, khususnya bagi pengeluaran makanan supaya sektor itu bersedia mendepani sebarang risiko atau ancaman seperti bencana alam.

Justeru itu, Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini diharap dapat memperuntukkan dana secukupnya untuk memperkenalkan teknologi baharu seperti mewujudkan sistem amaran awal bagi mengurangkan risiko berkaitan pengeluaran makanan.

Pakar pertanian daripada Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Dr Nasir Shamsudin berkata ia berikutan sektor pengeluaran makanan, seperti tanaman, penternakan dan perikanan, secara amnya lebih terdedah kepada risiko ketidakpastian berbanding sektor tanaman industri seperti kelapa sawit.

“Oleh itu, ruang lingkup sistem amaran awal ini meliputi pemantauan dan peramalan harga serta perancangan kesiapsiagaan darurat untuk mengurangkan risiko daripada bencana alam seperti banjir dan kesan perubahan iklim.

“Contohnya, sistem ini boleh meramal harga ayam dua bulan akan datang. Ia juga boleh tahu cuaca akan datang, contohnya jika banjir akan berlaku, jadi petani boleh ambil tindakan awal. Kalau petani tanam sesuatu, dia akan tahu harga akan jatuh atau tidak pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nasir berkata bagi memastikan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dengan harga berpatutan, sektor pengeluaran makanan memerlukan ekosistem dan gabungan antara dasar makanan yang kondusif, penggunaan teknologi dan keusahawanan.

Beliau berkata kerajaan perlu mempertimbangkan dasar pengeluaran makanan yang kondusif dengan pelaburan yang bukan hanya dinilai daripada segi faedah kewangan semata-mata, tetapi untuk pulangan sosial dan keselamatan negara.

“Untuk merangsang pelaburan dalam pengeluaran makanan, insentif kepada sektor swasta harus diberikan dengan pulangan pelaburan dalam pengeluaran makanan mesti sekurang-kurangnya sama dengan pulangan dalam tanaman industri,” katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan agar lebih banyak dana perlu diberikan untuk pelaburan, penyelidikan dan menerima pakai teknologi sistem pertanian untuk meningkatkan produktiviti sektor pengeluaran makanan.

Beliau berkata contoh teknologi itu adalah seperti mekanisasi, sensor, drone, teknologi penjejakan cuaca, automasi, pertanian menegak, kecerdasan buatan, nanoteknologi, Sistem Pengesanan Global (GPS) pertanian, robotik, dan pertanian tepat.

Daripada segi keusahawanan pula, pakar pertanian itu berkata pengeluaran makanan perlu diusahakan oleh pengeluar yang dapat mempraktikkan pengeluaran secara komersial dan penggunaan teknologi canggih. 

“Oleh itu, Belanjawan 2021 perlu menyediakan lebih banyak dana untuk melatih dan mengeluarkan usahawan tani,” katanya yang menambah UPM turut mempunyai kepakaran untuk melatih usahawan tani melalui Program Inkubasi Usahawan Tani.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel