KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menyarankan kerajaan meningkatkan had semasa pelepasan cukai premium insurans hayat (LI) daripada RM3,000 kepada RM5,000 dalam Belanjawan 2021, sebagai langkah menggalakkan rakyat Malaysia merancang keperluan perlindungan mereka.
Presiden LIAM Loh Guat Lan berkata persatuan itu turut mencadangkan pelepasan cukai yang lebih tinggi bagi premium insurans perubatan dan pendidikan (MEI) daripada had semasa RM3,000 kepada RM6,000.
“Peningkatan pelepasan cukai itu akan memberi semula wang kepada rakyat bagi meringankan beban kewangan mereka di samping menggalakkan mereka mempunyai rancangan kewangan yang lebih baik untuk masa depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Loh berkata gabungan pelepasan cukai semasa sebanyak RM3,000 bagi premium MEI, hakikatnya adalah tidak mencukupi dalam kebanyakan keadaan.
Sebagai contoh, beliau berkata kos insurans perubatan bagi keluarga biasa (dua dewasa dan tiga kanak-kanak) ialah kira-kira RM2,500 setahun yang akan menjadikan premium simpanan RM500 setahun untuk pendidikan tiga anak.
Selain itu, Loh berkata LIAM berharap kerajaan akan membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memanfaatkan Akaun 2 KWSP untuk membeli LI serta insurans perubatan dan kesihatan bagi memberi perlindungan jangka panjang dan keselamatan kepada penyumbang dana itu.
“Insurans hayat menyediakan perlindungan kewangan kepada keluarga sekiranya berlaku kematian atau penyakit kepada pencari nafkah dalam keluarga itu.
“Dengan membenarkan ahli membeli insurans hayat daripada Akaun 2, ia akan membantu ahli menambah simpanan KWSP sebagai persediaan mereka dan anggota keluarga ketika memerlukan,” katanya.
LIAM turut menyarankan agar perlindungan insurans diperluaskan kepada kumpulan berpendapatan isi rumah B40 menerusi inisiatif Perlindungan Tenang oleh kerajaan dengan memberi subsidi seorang ke seorang bagi premium yang dibayar oleh kumpulan ini.
Loh berkata ini akan memberi peluang kepada kumpulan B40 untuk menghargai kepentingan perlindungan insurans, hayat khususnya jika anggota atau keluarga yang diinsuranskan menerima tuntutan dan untuk meneruskan insurans itu selepas tempoh dua tahun.
Akhir sekali, LIAM turut mencadangkan pengecualian cukai perkhidmatan bagi skim insurans berkelompok dengan menggalakkan kadar pengambilan pekerja yang lebih tinggi untuk manfaat para pekerja.
Loh berkata di bawah rejim cukai sedia ada, premium skim insurans berkelompok dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, sekali gus menjadikan premiumnya lebih mahal dan mungkin tidak mampu ditanggung oleh sebilangan majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana.
“Apabila lebih ramai rakyat Malaysia dilindungi insurans perubatan berkelompok swasta, ia akan membantu mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan awam daripada aspek kewangan dan kapasiti,” tambahnya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel