Oleh Nurhafizah Tan
KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Belanjawan 2021 perlu memberi penekanan kepada perancangan pembangunan bandar yang menyediakan kemudahan awam untuk aktiviti sosial penduduk, selain penyediaan prasarana berkonsep bandar pintar berikutan penularan COVID-19 di negara ini.
Setiausaha Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) Datin Noraida Saludin berkata peruntukan bagi kawasan kemudahan awam bagi tujuan rekreasi dan bersukan amat kritikal ketika ini berikutan peningkatan masalah tekanan mental dalam kalangan penduduk bandar akibat pandemik itu.
"Ini juga dapat membantu menggalakkan gaya hidup sihat penduduk bandar bagi menangani masalah peningkatan obesiti penduduk," katanya kepada Bernama.
Noraida berkata kerajaan juga perlu mempertimbangkan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dengan yuran berpatutan atau percuma bagi meringankan beban ibu bapa di bandar yang terpaksa bekerja di rumah dan menjaga anak pada masa sama.
Selain itu, beliau berkata kerajaan perlu membantu warga kota yang terjejas pendapatan dengan menyediakan kemudahan ruang perniagaan kecil untuk mereka berniaga, selain disokong dengan program peningkatan kemahiran dan bantuan kewangan mudah seperti kredit mikro.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani meminta kerajaan melabur dalam konsep bandar pintar kerana COVID-19 telah menunjukkan keperluan infrastruktur digital berkualiti lebih baik untuk mempercepatkan proses pemulihan negara
Beliau yang merupakan pakar dalam pembentukan perbandaran lestari berkata dengan memfokuskan kepada Inisiatif Bandar Pintar, kerajaan akan mampu menyepadukan kemudahan fizikal, digital dan kemanusiaan dalam satu persekitaran terbaik.
“Sebagai contoh di China, sejak wabak COVID-19 berlaku, negara itu telah memberi fokus kepada usaha mempercepat kemajuan bandar pintar untuk mengurus dan memproses data-data berkaitan trafik, pencemaran, kesihatan dan keselamatan.
“Mereka berjaya mengawal wabak melalui pelaburan dalam teknologi digital untuk memantau dan menguruskan penularan pandemik,” katanya.
Beliau berkata dengan penggunaan teknologi lebih baik serta rangkaian internet yang lebih pantas dan boleh dipercayai pada harga lebih murah, pelaksanaan konsep bekerja dan menguruskan perniagaan dari rumah akan lebih cekap dan mudah dilakukan.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan, semua aktiviti dilakukan di rumah, sama ada urusan persekolahan atau pekerjaan. Oleh itu, penyediaan infrastruktur teknologi sangat penting untuk membolehkan sesebuah bandar menjaga keselamatan orang ramai di samping mengekalkan kegiatan ekonomi tanpa hubungan fizikal,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel