KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS) berharap kerajaan memberi pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) pada tahun 2021 untuk urus niaga hartanah bernilai RM10 juta dan ke bawah.
PEPS dalam satu kenyataan mengenai cadangannya terhadap Belanjawan 2021, ia berkata pengecualian itu seharusnya diberikan kepada warganegara, pemastautin tetap dan syarikat sahaja, manakala bagi bukan warganegara, kadar cukai semasa sebanyak 30 peratus untuk hartanah yang dijual dalam tempoh lima tahun pertama dan 10 peratus untuk pelupusan dalam tempoh enam tahun ke atas harus dikekalkan.
"Untuk urus niaga hartanah pada tahun 2021 yang melebihi RM10 juta, kadar RGPT yang dicadangkan mestilah 15 peratus daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai selepas ditolak RM10 juta pertama," katanya.
Ia berkata berdasarkan kepada amalan sebelum ini, RPGT adalah langkah kerajaan untuk mengekang spekulasi di pasaran hartanah.
PEPS juga berharap agar duti setem untuk urus niaga hartanah bernilai lebih daripada RM1 juta dapat dikurangkan menjadi tiga peratus daripada kadar semasa iaitu empat peratus.
Selain itu, pengecualian duti setem yang ketika ini hanya dikenakan kepada jualan utama di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) juga harus juga dikenakan terhadap jualan bagi kediaman primer dan sekunder pada tahun 2021, kata PEPS.
Sementara itu, bagi menguruskan perumahan mampu milik, PEPS mencadangkan supaya menubuhkan Perbadanan Berpusat Perumahan Negara (NHCC) untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan pelan tindakan kerajaan serta mengenal pasti pemaju yang sesuai untuk pembangunan usaha sama.
Cadangannya juga merangkumi supaya NHCC berurusan dengan agensi kerajaan dan kerajaan negeri untuk melepaskan simpanan tanah yang sesuai untuk pembangunan perumahan mampu milik.
PEPS berkata NHCC juga harus mengkaji dan melakukan penyelidikan mengenai penawaran dan permintaan, tahap pendapatan, pendapatan isi rumah, kemampuan, isu harga dan pilihan pembeli untuk memastikan permintaan yang efektif.
“Bagi mengaktifkan semula pasaran hartanah kerajaan dapat membantu pemaju dengan mengurangkan kos pematuhan.
“Ia juga meminta kerajaan membenarkan pengeluaran kuota jualan Bumiputera secara beransur-ansur pada akhir tahun pertama pembinaan sehingga selesai projek dan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk melepaskan simpanan tanagh mereka untuk usaha sama dengan pemaju untuk pembangunan perumahan mampu milik,” katanya.
Insentif dan elaun cukai Sistem Binaan Berindustri (IBS) harus diperluaskan kepada pemaju hartanah dan kontraktor yang menggunakan IBS, kata PEPS.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel