KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Kerajaan diharap dapat meningkatkan jaringan keselamatan sosial pekerja dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan esok bagi memastikan mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19 mendapat pembelaan.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani berkata perlindungan sosial seperti insurans, kebajikan sosial dan perlindungan pada hari tua amat penting dalam berdepan situasi pandemik yang tidak berkesudahan.
“Bagi mereka yang kehilangan kerja, kerajaan perlu berusaha membantu mereka mendapatkan bantuan segera termasuk kewangan dan pekerjaan baharu, bagi memastikan kelangsungan hidup.
“Dengan situasi norma baharu pula, kerajaan perlu menyediakan garis panduan bagi memastikan pekerja yang bekerja dari rumah turut mendapat perlindungan sewajarnya termasuk keselamatan, kemudahan serta waktu kerja yang bersesuaian," katanya kepada Bernama.
Selain itu, Mohd Effendy berharap kerajaan akan meneruskan program subsidi upah yang akan tamat pada 31 Dis ini dan memudahkan proses serta mempercepatkan pembayarannya.
Katanya, bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan untuk setiap pekerja yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah itu dapat membantu mengekalkan pekerja sekali gus mengurangkan pengangguran di negara ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) Mohammad Rizan Hassan berharap kerajaan dapat memberi lebih peluang kepada pekerja berkemahiran berpengalaman untuk menjadi tenaga pengajar jemputan di institut kemahiran.
Katanya, usaha itu dapat membantu negara melahirkan kualiti siswazah yang menepati kehendak atau keperluan industri.
“Bagaimanapun mereka tidak perlu dibebani dengan syarat-syarat pentadbiran yang menyebabkan mereka rasa terhalang untuk menyumbang kepada negara.
“Insentif tunai juga boleh diberikan kepada mereka yang sedia menjadi tenaga pengajar manakala insentif untuk majikan juga boleh diberikan kerana kesediaan melepaskan pakar mereka untuk tempoh tertentu,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel