Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 5 Nov -- Belanjawan 2021 perlu memastikan kemampanan pekerjaan di celah-celah persekitaran ekonomi yang lemah berikutan pandemik COVID-19.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Petroleum Resources Corp (MPRC) Mohd Yazid Ja'afar berkata fokus belanjawan akan lebih terarah kepada kesejahteraan rakyat.
Tabungan kerajaan terus dimanfaatkan, terutamanya untuk membiayai pakej rangsangan seperti PENJANA, kata beliau sambil menambah, “Kita semua tahu tempoh kali ini agak berbeza,” kata beliau dalam satu temu bual yang diadakan baru-baru ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dijangka membentangkan Belanjawan 2021 esok.
Mohd Yazid menyarankan kerajaan agar meneruskan program subsidi upah bagi membolehkan syarikat mengekalkan pekerja masing-masing.
"Kerajaan juga boleh memperkenalkan insentif untuk meningkatkan keuntungan syarikat bagi mempertahankan pekerjaan seperti pengecualian cukai. Ini akan mengekalkan pekerja, terutamanya yang terlibat dalam industri minyak dan gas,” tambah beliau.
Kerajaan telah memperkenalkan Program Subsidi Upah pada April tahun ini d bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang berakhir pada 30 Sept.
Bermula 1 Okt sehingga 31 Dis tahun ini, kerajaan telah memperkenalkan Program Subsidi Upah Bersasar bagi membantu majikan yang masih terjejas secara ekonomi oleh pandemik itu.
"Bagi tahun 2021, saya berharap kerajaan dapat menyokong beberapa inisiatif kami dalam dua bidang iaitu inovasi dan insentif serta penerapan pendigitalan dalam perkhidmatan minyak dan gas dan industri peralatan,” kata Mohd Yazid.
Ditubuhkan pada 2011, MPRC ialah agensi di bawah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
Agensi itu menyediakan cadangan kepada kerajaan untuk mempromosikan perkhidmatan minyak dan gas tempatan seluruh dunia serta keupayaan peralatan dalam sektor huluan, pertengahan dan hiliran.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel