BERITA

 MyCreative mohon Belanjawan 2021 sediakan bantuan untuk industri kreatif



Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Nov -- MyCreative Ventures Sdn Bhd berharap Belanjawan 2021 dapat menyediakan dana bagi meningkatkan kemahiran, latihan, naik taraf serta mengembangkan kompetensi untuk pengamal industri kreatif yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. 

Pengerusi MyCreative Mohd Naguib Razak berkata agensi itu berharap dapat memberi elaun kepada pemain industri yang menyertai program peningkatan kemahirannya, khususnya selepas COVID-19 merencatkan industri berkenaan.

"Ini adalah masa yang sukar bagi perniagaan untuk benar-benar maju dan dipertingkatkan. Saya berharap kita dapat mengangkat semangat mereka yang tidak mempunyai pekerjaan atau kerja bebas mereka terganggu dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mendapat peluang serta kerjasama baharu," katanya dalam temu bual dengan Bernama. 

MyCreative yang diperbadankan pada 2012, adalah cabang pelaburan kerajaan yang ditubuhkan bagi memacu industri kreatif Malaysia melalui pembiayaan strategik dan inovatif dalam bentuk hutang atau pelaburan ekuiti. 

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, industri kreatif mengupah seramai 859,900 individu pada 2019. 

Mohd Naguib turut menyeru agar inisiatif kerajaan untuk industri kreatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dilanjutkan. 

Jun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM225 juta untuk merangsang pertumbuhan industri kreatif melalui program dan pinjaman mudah di bawah PENJANA. 

Langkah-langkah ini dilaksanakan melalui kerjasama antara MyCreative Ventures, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan sektor swasta. 

Menurut undian yang dijalankan oleh MyCreative pada Oktober lepas, geran dan pinjaman, sokongan bagi pemasaran serta promosi dan penciptaan pekerjaan adalah tiga keutamaan teratas dalam senarai hasrat industri kreatif Malaysia untuk Belanjawan 2021, yang akan diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz pada Jumaat ini. 

-- BERNAMA

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel