BERITA

Tengku Zafrul bawa teks Belanjawan 2021 untuk pembentangan



PUTRAJAYA, 6 Nov -- Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membawa beg yang berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang.

Sebelum memulakan perjalanan, bacaan doa diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah, bagi mendapatkan keberkatan.

Tengku Zafrul dilihat berpakaian baju Melayu lengkap bersamping diiringi Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abd Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon.

Tengku Zafrul dijadual membentangkan Belanjawan 2021 yang dinanti-nantikan di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.

Ditanya perasaannya yang pertama kali membentangkan belanjawan tahunan negara, Tengku Zafrul sempat menjawab “okay” sebelum memasuki kereta. 

Beg yang diisi teks Belanjawan 2021 itu menarik perhatian umum kerana ia tidak menggunakan beg bimbit berwarna hitam yang menjadi tradisi sebaliknya beg sampul berwarna kelabu. 

Belanjawan 2021 pertama kali dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac tahun ini. 

Belanjawan 2021 ini dinanti-nantikan rakyat dan disifatkan paling penting dan mencabar ekoran penularan COVID-19 yang memberi kesan mendalam kepada setiap rakyat serta ekonomi negara. 

Belanjawan ini diharap memastikan kelangsungan ekonomi negara dan hidup rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. 

-- BERNAMA 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel