KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Dasar pengurusan penawaran yang lebih efektif diperlukan bagi mengurangkan impak pindahan antara Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR).
Kementerian Kewangan dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan hari ini berkata analisis membuktikan bahawa wujud hubungan dua hala antara IHP dengan IHPR.
"Penemuan ini menunjukkan masa yang diambil untuk pelarasan semula harga kepada keseimbangan jangka masa panjang berbeza bagi IHP dan IHPR. Perkara ini memberi gambaran bahawa terdapat ketidaksempurnaan dalam pasaran," kata laporan itu.
Berdasarkan penemuan ini, pelarasan IHPR kepada keseimbangan yang mengambil masa yang panjang perlu diberikan lebih perhatian.
Sehubungan itu, Kementerian Kewangan berkata usaha harus ditumpukan bagi mengatasi masalah ini supaya kos menjalankan perniagaan dan kesan pass-through dapat dikurangkan.
Berdasarkan analisis, pelarasan semula IHP ke bawah kepada keseimbangan jangka masa panjang akan memakan masa sekitar 9.1 bulan berbanding IHPR yang memakan masa sekitar 15.5 bulan.
"Langkah untuk mengurangkan halangan kemasukan syarikat baharu terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat meningkatkan jumlah keseluruhan pengeluar domestik seterusnya memastikan persekitaran pasaran yang lebih berdaya saing.
"Pengukuhan persaingan pasaran dan penambahan kapasiti pengeluaran domestik juga penting dalam meningkatkan penawaran agregat," kata laporan itu.
Selain itu, peraturan dan perundangan sedia ada juga perlu diperkukuh dan dikuatkuasakan dengan lebih tegas yang bertujuan untuk mencegah amalan antipersaingan dan memastikan harga barangan keperluan kekal berpatutan bagi pengguna, kata laporan itu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel