BERITA

Prospek pasaran modal Islam kekal menggalakkan meskipun suasana ekonomi mencabar



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Prospek Pasaran Modal Islam (ICM) kekal menggalakkan meskipun berdepan suasana ekonomi yang mencabar, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Katanya permintaan terhadap produk patuh Syariah dijangka bertambah kukuh pada masa akan datang, disokong oleh daya tarikan produk kepada kumpulan pelabur yang lebih luas.

"Promosi berterusan produk patuh Syariah dan pendigitalan perkhidmatan akan menjadi pemangkin kepada negara untuk menjadi pusat antarabangsa tersohor bagi perkhidmatan kewangan Islam," katanya.

Menurut laporan itu, industri perbankan Islam berkembang dengan jumlah aset bernilai RM1,038.2 bilion dan bahagian pasaran sebanyak 33 peratus pada akhir Julai 2020.

Sementara itu, katanya jumlah pembiayaan Islam terkumpul meningkat 10 peratus kepada RM787.8 bilion.

"Peningkatan ini terutamanya disumbangkan oleh pembiayaan sektor isi rumah yang meningkat 8.7 peratus kepada RM490.9 bilion, khususnya bagi pembelian hartanah kediaman," katanya.

Katanya pembiayaan Islam dijangka terus berkembang disokong oleh pemulihan aktiviti ekonomi dan promosi berterusan produk patuh Syariah.

ICM akan terus berkembang dengan Malaysia merupakan antara penerbit sukuk dan ekuiti Islam terbesar di dunia, katanya.

Menurut laporan itu, pada akhir Julai 2020, saiz ICM domestik bernilai RM2.2 trilion dan menyumbang 66.2 peratus daripada jumlah keseluruhan permodalan pasaran Malaysia sebanyak RM3.3 trilion.

"Sementara itu, terbitan sukuk berjumlah RM130.8 bilion atau 60.2 peratus daripada jumlah bon yang diterbitkan.

"Sukuk terkumpul bernilai RM986.9 bilion atau 62.6 peratus daripada jumlah bon terkumpul," katanya.

Walaupun Malaysia kekal sebagai penyumbang terbesar sukuk terkumpul global iaitu 45.6 peratus pada akhir Jun 2020, namun pergolakan yang berlaku dalam pasaran global telah mempengaruhi prestasi ICM.

“Perkara ini dapat dilihat menerusi kelembapan prestasi terbitan sukuk korporat semasa fasa awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Namun demikian, pembukaan semula hampir kesemua sektor ekonomi pada pertengahan tahun telah meningkatkan prestasi terbitan sukuk korporat,” katanya.

Bursa Malaysia terus mempromosikan produk sekuriti patuh Syariah. Pada akhir Julai 2020, sebanyak 716 atau 76.8 peratus daripada 932 syarikat yang tersenarai  dikategorikan patuh Syariah.

Permodalan pasaran ekuiti patuh Syariah bernilai RM1.18 trilion atau 69.5 peratus  daripada jumlah permodalan pasaran.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel