BERITA

Saiz ekonomi bayangan menurun, namun, kewujudannya masih signifikan



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Saiz ekonomi bayangan (SE) di Malaysia mencatatkan trend menurun, namun kewujudannya masih signifikan dan menjejaskan pembangunan ekonomi yang inklusif, demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.

Menurut laporan itu, situasi ini mengurangkan potensi kutipan hasil cukai yang lebih tinggi bagi membiayai projek pembangunan seperti penjagaan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam.

Katanya, dengan menggunakan model Multiple Indicators Multiple Causes (MIMIC) dan Currency Demand Approach (CDA), Medina and Schneider (2019) menganggarkan saiz purata SE di Malaysia adalah sebanyak 31 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam tempoh 1991-2017.

Rencana ini turut menganggarkan saiz SE di Malaysia berada pada lingkungan 50 peratus daripada KDNK dalam tempoh 1990-1999 dan mengecil kepada 30 peratus dalam tempoh 2000-2009 sebelum mencatat  21 peratus dalam tempoh 2010-2019.

Pada 2019, saiz SE berada pada kadar 18.2 peratus daripada KDNK negara, menurut laporan berkenaan.

Rencana berkenaan turut mengetengahkan faktor utama dan amalan terbaik yang dilaksanakan di pelbagai negara untuk meminimumkan aktiviti SE.

“Dalam konteks ini, SE didefinisikan sebagai kegiatan ekonomi yang sah dan produktif, namun tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk mengelak dari undang-undang, pembayaran cukai dan caruman perlindungan sosial,” kata laporan itu.

Laporan itu juga menyebut kegiatan SE yang meningkat dijangka melonjakkan permintaan terhadap mata wang berikutan transaksi cenderung dilakukan dalam bentuk tunai atau mata wang kripto.

Memetik Tanzi (2002), laporan itu menjelaskan transaksi tersembunyi dilakukan secara tunai bagi mengelakkan jejak dikesan oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, bekalan wang M1 yang lebih tinggi mencerminkan peningkatan saiz SE.

Katanya, langkah-langkah termasuk penggunaan teknologi canggih, perkongsian data yang lebih meluas dalam kalangan agensi kerajaan serta memberi penekanan lebih tinggi kepada pematuhan undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih ketat dapat mengurangkan saiz SE.

Teknologi canggih turut dapat membantu mengurangkan aktiviti pengelakan cukai.

“Kemunculan ekonomi perkongsian dan ekonomi gig membolehkan peralihan daripada transaksi tunai kepada digital dan mewujudkan jejak digital,” kata laporan itu.

Perkongsian data antara agensi kerajaan seperti pendaftaran hartanah dan kenderaan serta pengenalan nombor cukai akan memberikan maklumat mengenai corak perbelanjaan individu dan perniagaan.

Justeru, kerajaan dapat menganalisis data yang dikumpul secara berkesan dan membolehkan kegiatan penipuan cukai dapat dikenal pasti.

“Kerajaan akan mempergiat usaha untuk menjadikan pekerjaan di sektor formal lebih menguntungkan seperti meningkatkan kecekapan dalam pasaran buruh dan memudahkan prosedur pematuhan cukai dengan penerimagunaan teknologi yang lebih meluas.

“Usaha akan diteruskan untuk memperluas dan memperkukuh kedaulatan undang-undang dan penguatkuasaan berbanding meningkatkan jumlah peraturan,”katanya.

-- BERNAMA  


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel