KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Belanjawan 2021 bertujuan untuk mengimbangi keperluan dan kapasiti penjagaan kesihatan di samping memacu momentum pemulihan ekonomi semasa serta membina daya tahan yang lebih baik untuk masa hadapan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurut beliau, Belanjawan 2021 dirangka berteraskan empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, melestarikan kehidupan dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.
“Kerajaan akan meneruskan inisiatif bersasar bagi melindungi nyawa dan kehidupan di samping mengutamakan golongan mudah terjejas,” katanya dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata kerajaan juga berharap dapat bekerjasama rapat antara agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil bagi memangkin trajektori pertumbuhan yang lebih lestari mulai 2021 dan seterusnya.
Bagi peluang pertumbuhan ekonomi, Tengku Zafrul menjelaskan penularan COVID-19 telah mendorong kepada penggunaan digitalisasi yang lebih pantas dalam sektor perniagaan dan pendidikan dan masyarakat.
Beberapa kajian telah menganggarkan nilai ekonomi faedah perdagangan digital boleh meningkatkan ekonomi Malaysia sebanyak RM222 bilion pada 2030 berbanding RM31 bilion pada 2019.
“Pendigitalan merupakan trajektori pertumbuhan baharu bagi pelbagai industri berasaskan perkhidmatan dan sektor sokongan seperti elektrik dan elektronik, e-dagang dan ekonomi gig.
“Potensi besar lain termasuk bidang penjagaan kesihatan dan sektor sampingan yang berkaitan. Produk, perkhidmatan dan peralatan perubatan dijangka berkembang pada tahun mendatang,” kataTengku Zafrul.
Fundamental ekonomi negara masih kukuh dengan kepelbagaian asas ekonomi yang baik dan masih mempunyai kedudukan fiskal yang teguh.
Oleh itu, ekonomi negara dijangka berkembang sehingga 7.5 peratus pada tahun 2021.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel