BERITA

Ekonomi global diunjur meningkat kukuh tahun hadapan



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Pertumbuhan ekonomi global diunjur kembali meningkat dengan kukuh pada 2021, didorong oleh permintaan domestik dan eksport yang mantap dalam kalangan negara maju dan negara yang berkembang pesat dan negara membangun (EMDE).

Bagaimanapun risiko kepada ekonomi global masih berterusan apabila pertumbuhan berkemungkinan terjejas akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China yang kembali memuncak, ketidakpastian hasil Brexit dan ketegangan geopolitik yang meluas, demikian menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, hari ini.

Menurut laporan itu, harga minyak yang berterusan rendah dan krisis perubahan iklim yang semakin serius juga berkemungkinan menggugat pemulihan.

"Selain itu, ruang fiskal yang terhad dan hutang kerajaan yang meningkat secara mendadak juga boleh mengekang pertumbuhan," katanya.

Bagaimanapun ekonomi global dijangka kekal pada trajektori pertumbuhan yang positif dengan pelaksanaan langkah fiskal dan monetari untuk mempertingkat keyakinan pengguna dan pelabur.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa kejayaan dalam pembangunan vaksin COVID-19 yang berkesan dan mudah di akses, di samping keberkesanan untuk membendung penularan pandemik tersebut dalam tempoh terdekat, dijangka terus merangsang pertumbuhan global.

"Walaupun pandemik ini memberi cabaran dari pelbagai aspek, terutamanya dalam meluaskan jurang sosioekonomi sedia ada, pandemik COVID-19 juga membuka peluang kepada semua negara untuk menginstitusikan pembaharuan ke arah mempercepat proses digitalisasi dan mencapai pertumbuhan mampan," katanya.

Menurut laporan itu, ekonomi global dijangka menguncup sebanyak 4.4 peratus tahun ini berbanding pertumbuhan 2.8 peratus pada 2019, disebabkan oleh prestasi ekonomi tidak memberangsangkan dalam kalangan negara maju dan EMDE, berpunca terutamanya daripada kesan negatif pandemik itu.

Sebaliknya, ia berkata pertumbuhan ekonomi yang kukuh dalam kalangan negara maju dan EMDE dijangka memacu pertumbuhan global sebanyak 5.2 peratus pada 2021.

"Pada 2021, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara maju dijangka melonjak sebanyak 3.9 peratus, didorong oleh permintaan domestik yang kukuh dan aktiviti perdagangan yang meningkat. Pertumbuhan ekonomi AS diunjur berkembang pesat sebanyak 3.1 peratus disokong oleh pemulihan dalam penggunaan swasta dan pelaburan yang mengalakkan," katanya.

Sementara itu, KDNK EMDE pada 2021 dijangka melonjak sebanyak 6.0 peratus dipacu oleh permintaan domestik yang mantap dan eksport yang lebih tinggi.

"China dijangka meneraju pemulihan di rantau ini dengan pertumbuhan pesat sebanyak 8.2 peratus. Selain itu, ekonomi India diunjur melonjak sebanyak 8.8 peratus didorong oleh permintaan pengguna yang kukuh," kata laporan itu.

 KDNK ASEAN-5 (Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam) dijangka meningkat semula sebanyak 6.2 peratus disokong oleh penggunaan domestik yang teguh, pelaburan lebih tinggi dan persekitaran perdagangan yang menggalakkan.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel