BERITA

Intipati Belanjawan 2021



KUALA LUMPUR, 6 Nov  -- Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

  • Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi
  • Kerajaan bercadang menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 billion untuk membiayai pakej bantuan tambahan KITA PRIHATIN
  • Sejumlah RM1 bilion akan diperuntukkan lagi tahun hadapan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19
  • Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius dinaikkan kepada RM8,000 daripada RM6,000
  • Bantuan RM1,200 diberi kepada isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak
  • Cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 
  • Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus mulai Januari 2021 
  • Kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan 
  • Keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion
  • Kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif 
  • KWSP membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk pembelian produk perlindungan insurans dan takaful hayat serta penyakit kritikal
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman Skim Persaraan Swasta dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025
  • Kerajaan menyediakan sejumlah RM4.6 billion bagi memperkasa Bumiputera
  • Peruntukan RM510 juta bagi tujuan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan PKS mikro Bumiputera melalui TEKUN Nasional dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Kerajaan menyediakan RM800 juta menerusi program peningkatan keupayaan Bank Pembangunan Malaysia dan SME Bank 
  • Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas untuk memperkasa usahawan wanita.
  • Program bimbingan kepada lebih 2,000 usahawan wanita akan disalurkan melalui Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe).
  • Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM500 juta pada 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).
  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat pindah milik dan perjanjian rumah bagi pinjaman pembelian kediaman rumah pertama bernilai sehingga RM500,000.
  • Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan selama lima tahun lagi. 
  • RM1 bilion disediakan sebagai pakej galakan pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi.
  • Dana teknologi tinggi bernilai RM500 juta akan disediakan oleh Bank Negara Malaysia bagi menyokong syarikat sektor teknologi tinggi dan berinovasi.
  • Melonggarkan syarat galakan cukai bagi hab Prinsipal dan melanjutkannya sehingga 31 Disember 2022.
  • Pengenaan kadar cukai bagi penubuhan 'global trading centre' (pusat perdagangan global) pada kadar konsesi 10 peratus bagi tempoh lima tahun.
  • Menaikkan had nilai jualan bagi aktiviti tambah nilai dan aktiviti tambahan yang dijalankan di Zon Perindustrian Bebas dan gudang pengilangan berlesen daripada 10 peratus kepada 40 peratus daripada nilai jualan.
  • Kadar cukai istimewa kepada syarikat pengilang terpilih untuk memindahkan perniagaan ke Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022. 
  • Skim Pembangunan Nasional bernilai RM1.4 bilion oleh Bank Pembangunan Malaysia diperkenalkan bagi menyokong pelaksanaan pembangunan rantaian bekalan domestik. 
  • Skim pembangunan maritim, logistik, skim pembiayaan pembangunan mampan, skim infrastruktur pelancongan dan dana pengangkutan awam akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023 dengan dana sebanyak RM3.3 bilion. 
  • Kemudahan bantuan pemulihan bersasar bernilai RM2 bilion di bawah Bank Negara Malaysia akan diperkenalkan melalui pinjaman daripada institusi perbankan. 
  • RM100 juta daripada langganan sukuk PRIHATIN untuk menjalankan penyelidikan penyakit berjangkit merangkumi pembangunan vaksin serta kajian rawatan dan diagnostik. 
  • RM20 juta telah diperuntukkan untuk meneruskan program pemilikan sijil minyak sawit mampan bagi merancakkan pertumbuhan dan meningkatkan daya saing industri sawit.
  • Geran padanan sebanyak RM30 juta untuk menggalakkan pelaburan dalam mekanisasi dan automasi.
  • Kerajaan akan meningkatkan jaminan sehingga RM10 bilion di bawah syarikat jaminan pembiayaan perniagaan dengan peruntukan RM2 bilion khusus untuk usahawan Bumiputera.
  • RM3 bilion dikhususkan untuk syarikat berkemahiran tinggi seperti minyak dan gas serta aeroangkasa.
  • Belanjawan 2021 dijajarkan kepada keutamaan dasar Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. 
  • Jumlah perbelanjaan keseluruhan 2020 dianggarkan sebanyak RM314.7 bilion, meningkat RM17.7 bilion berbanding unjuran asal.
  • Defisit fiskal bagi 2020 dianggarkan meningkat kepada 6.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding sasaran asal 3.2 peratus.
  • Kutipan hasil kerajaan bagi 2021 dijangka meningkat kepada RM236.9 bilion.
  • Belanjawan 2021 merupakan belanjawan yang bersifat mengembang.
  • Perbelanjaan bagi 2021 merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah dengan nilai sebanyak RM322.5 bilion.  
  • Kerajaan memperuntukkan RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion bagi simpanan luar jangka.
  • RM50 juta diberikan sebagai akses pembiayaan kepada kontraktor pembinaan di bawah skim pembiayaan kontrak ekspres.
  • RM15 bilion disediakan bagi membiayai antaranya Lebuhraya Pan Borneo, Landasan berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang (Fasa Pertama).
  • Projek lain akan diteruskan seperti Sistem Transit Rapid dari Johor Bharu ke Woodlands, Singapura dan Laluan 3 Transit Aliran Massa (MRT3) di Lembah Klang.
  • Kerajaan akan meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dijangka dapat menjana kesan pengganda kepada ekonomi negara. 
  • Kerajaan akan menerbitkan Bon Kelestarian pertama negara bagi tujuan alam sekitar dan sosial pada 2021.
  • Pengecualian cukai pendapatan sedia ada bagi geran Sukuk Hijau Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab diperluas kepada semua jenis sukuk dan bon. 
  • Pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 2025.
  • Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 3.0 diteruskan dengan saiz dana RM2 bilion selama dua tahun sehingga 2022.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel