BERITA

Pasaran ekuiti dijangka kembali rancak, dipacu pemulihan global



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Pasaran ekuiti domestik dijangka kembali cergas berikutan tinjauan optimistik pelabur terhadap kadar pemulihan pasaran global dan pertumbuhan ekonomi domestik yang disokong oleh pelbagai projek strategik.

Malah, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, terdapat peningkatan signifikan dalam aktiviti dagangan bagi tempoh sembilan bulan pertama 2020.

Ini termasuk peningkatan jumlah dagangan sebanyak 162.2 peratus kepada 1.27 trilion unit manakala jumlah nilai urus niaga pasaran menokok sebanyak 90 peratus kepada RM749 bilion.

"Halaju pasaran kekal pada 62.4 peratus manakala volatiliti pasaran merekodkan 36.3 peratus. Pegangan saham asing berdasarkan permodalan pasaran di bursa tempatan pula kekal stabil pada 12.6 peratus pada akhir September 2020.

"Namun, permodalan pasaran merosot sebanyak 2.1 peratus kepada RM1.63 trilion bagi tempoh sama," kata laporan itu.

Pada awal 2020, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dan indeks serantau merekodkan penurunan.

Ini disusuli pada minggu kedua Januari 2020 yang menyaksikan bursa tempatan merosot di bawah 1,600 mata berikutan ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Menurut laporan itu, walaupun terdapat perkembangan positif dalam rundingan perdagangan antara AS dan China pada 15 Januari 2020, FBM KLCI serta bursa utama dan serantau masih mencatat prestasi kurang memberangsangkan.

"FBM KLCI kekal rendah akibat ketidaktentuan ekonomi global, keadaan geopolitik yang semakin meruncing, harga komoditi yang rendah dan penularan pandemik COVID-19 yang mengurangkan kesanggupan pelabur mengambil risiko."

Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 juga menyebabkan penjualan panik di pasaran ekuiti dan bursa mencatat paras terendah dalam tempoh sedekad iaitu 1,219.72 mata pada 19 Mac 2020.

Bagaimanapun, pelonggaran syarat PKP serta pembukaan semula ekonomi secara berperingkat telah menyokong pemulihan prestasi bursa tempatan.

FBM KLCI misalnya melonjak kepada 1,575.27 mata pada 10 Jun 2020 sejajar dengan pasaran serantau yang didorong oleh peningkatan prestasi Wall Street, kata laporan itu.

Peningkatan prestasi indeks tempatan juga disokong oleh pelancaran pelbagai pakej rangsangan ekonomi diumumkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan pandemik COVID-19.

Menurut laporan itu, pemerolehan dana di pasaran modal domestik tetap menggalakkan, disokong oleh pelaksanaan projek strategik sedia dan yang beroperasi semula walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global serta peningkatan risiko geopolitik.

Pemerolehan dana kasar oleh sektor awam terus meningkat sebanyak 24.5 peratus kepada RM97.9 bilion pada tujuh bulan pertama 2020.

"Peningkatan ini disumbangkan oleh permintaan kukuh ke atas kertas Kerajaan bagi menyokong pelbagai pakej rangsangan ekonomi."

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel