BERITA

Intipati Belanjawan 2021



​​KUALA LUMPUR, 6 Nov  – Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’ dirangka dengan berdasarkan tiga matlamat induk yang merupakan kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin.

Tiga matlamat induk berkenaan ialah kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, dan ketahanan ekonomi.

  • Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi membendung gelombang ketiga COVID-19.
  • Kerajaan setuju laksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memanfaatkan 100,00 petugas.
  • Kerajaan komited dapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui penyertaan COVID-19 Vaccine Access (COVAX)  dengan jangkaan kos bekalan vaksin melebihi RM3 billion.
  • Kerajaan akan naikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000.
  • Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000.
  • Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untuk produk termasuk takaful hayat dan kemalangan diri
  • Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar dinaikkan kepada RM500, manakala kadar elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450.
  • Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang memanfaatkan 8.1 juta orang melibatkan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima BSH (peruntukan RM5 bilion).
  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan terima bantuan RM1,200, manakala yang mempunyai dua orang anak atau lebih terima bantuan RM1,800.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 akan terima  bantuan BPR RM800, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima bantuan RM1,200.
  • Isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 yang mempunyai seorang anak terima bantuan RM500, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima RM750.
  • Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima bantuan RM350 dengan syarat had umur individu bujang diturunkan daripada 40 tahun sebelum ini kepada 21 tahun.
  • Kadar cukai pendapatan individu bermastautin diturunkan satu mata peratus bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000, manfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.
  • Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan.
  • Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan RM6,000.
  • RM1.7 bilion subsidi, bantuan dan insentif disediakan untuk bantu petani dan nelayan, manakala elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM300.
  • RM400 juta diperuntuk hapus faedah hutang peneroka dan sediakan program pembangunan peneroka untuk dapatkan hasil  baharu.
  • RM30 juta diperuntuk kepada Perhebat bagi latihan kemahiran, keusahawanan yang dijangka manfaatkan 12,000 veteran ATM.
  • Short-term Employment Programme diperkenal, tawar 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan bermula Januari 2021.
  • Kerajaan lanjut pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan dengan lebih  bersasar.
  • KWSP benarkan pengeluaran Akaun 2 untuk membeli produk perlindungan insuran, takaful hayat dan penyakit kritikal bagi perlindungan diri dan keluarga.
  • Sebanyak RM6.5 billion diperuntuk untuk akses pendidikan berkualiti kepada institusi Bumiputera jalankan program pendigitilan pembelajaran TVET dan naik taraf program ke peringkat diploma.
  • Bayaran khas one-off sebanyak RM500 kepada imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan guru KAFA.
  • RM30 juta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan terutama hospital, manakala RM20 juta untuk galak sektor swasta sediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka.
  • RM158 juta diperuntuk untuk kesejahteraan komuniti Orang Asli, manakala RM5 juta untuk jalankan kerja ukur tanah tanda sempadan di 21 perkampungan Orang Asli.
  • Pusat komuniti tempat jagaan kanak-kanak selepas tamat persekolahan akan disediakan untuk ringankan kos sara hidup golongan B40 libat peruntukkan RM20 juta.
  • Kerajaan kredit RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet 1.5 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun, libatkan peruntukan RM75 juta.
  • RM103 juta diperuntuk untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan seluruh negara.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia terus terima peruntukan terbesar dengan RM50.4 billion daripada keseluruhan perbelanjaan negara.
  • RM500 juta disedia untuk bina 14,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat, manakala RM315 juta bagi membina 3,000 Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dan RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam.
  • Kerajaan laksanakan Skim Rent-to-Own sehingga 2022, libatkan 5,000 rumah PR1MA, dengan nilai RM1 billion, dikhaskan untuk pembeli rumah pertama.
  • Peruntukan penyelenggaraan aset utama ATM dinaikkan kepada RM2.3 billion, manakala RM27 juta diperuntuk untuk tingkat kawalan keselamatan siber negara.
  • RM50 juta diperuntuk untuk program penempatan semula 8,000 kakitangan dari syarikat penerbangan di Malaysia.
  • 500 Orang Asli ditawarkan peluang pekerjaan untuk menjadi jurupandu pelancong di semua taman negara, dan RM50 juta selenggara kemudahan pelancongan seluruh negara.
  • Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 diberikan kepada peniaga, penjaja, pemandu teksi e-hailing, kereta sewa dan penjaja di Sabah.
  • RM15 billion untuk biayai projek seperti Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, dan Landasan Berkembar Lembah Klang fasa pertama.
  • RM50 juta diperuntuk bagi tangani isu sampah dan sisa pepejal terperangkap di sungai.
  • Elaun lebih 1,900 pegawai bomba bantuan dinaikan RM8 sejam mulai 2021. 
  • Kakitangan kerajaan Gerd 56 ke bawah terima Bantuan Khas Kewangan RM600, RM300 untuk pesara kerajaan yang dibayar awal 2021.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel