KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Jumlah pinjaman kasar kerajaan persekutuan dijangka meningkat 31.5 peratus berbanding anggaran asal iaitu kepada RM181.5 bilion atau 12.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di tengah-tengah keperluan untuk membiayai langkah-langkah rangsangan COVID-19.
Keperluan pinjaman kasar dianggarkan masih ketara sekitar 11 peratus daripada KDNK berikutan ketidaktentuan persekitaran ekonomi 2021, demikian menurut Kementerian Kewangan.
Sebanyak RM94.7 bilion daripada jumlah pinjaman kasar digunakan untuk membiayai semula hutang yang matang manakala RM86.5 bilion untuk membiayai defisit, katanya dalam Laporan Tinjauan Fiskal 2021 yang dikeluarkan di sini.
Kementerian itu berkata pinjaman dalam negeri kekal sebagai sumber utama pembiayaan dan dianggarkan berjumlah RM181.5 bilion atau 99.9 peratus daripada jumlah pinjaman kasar manakala baki sebanyak RM30 juta adalah daripada pinjaman projek luar pesisir.
Hampir keseluruhan pembiayaan termasuk keperluan pakej rangsangan ekonomi diperoleh melalui sumber dalam negeri bagi mengurangkan pendedahan risiko kadar pertukaran asing.
Terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dijangka mencatat RM73 bilion atau 40.2 peratus daripada jumlah pinjaman kasar pada tahun 2020, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) at RM76.5 bilion atau 42.1 peratus, katanya.
Selain itu, bil perbendaharaan yang diperoleh bagi pengurusan tunai dan kecairan dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM32 bilion, berbanding purata terbitan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Oleh yang demikian, jumlah hutang kerajaan persekutuan dijangka meningkat kepada sekitar 61 peratus daripada KDNK dengan nisbah hutang statutori sekitar 58 peratus pada tahun 2021.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel