BERITA

Eksport kasar dijangka kembali pulih pada 2021 - Kementerian Kewangan



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Eksport kasar dijangka kembali pulih sebanyak 2.7 peratus pada 2021 berikutan pemulihan perdagangan dan rantaian bekalan global, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Eksport barangan pembuatan dijangka kembali pulih sebanyak 2.5 peratus disokong oleh peningkatan permintaan untuk produk elektrikal dan elektronik (E&E) dan bukan E&E, kata MoF dalam Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan hari ini.

“Permintaan yang lebih tinggi bagi semikonduktor, bahagian kelengkapan peralatan telekomunikasi serta pemprosesan data automatik adalah seiring dengan transformasi digital dan penggunaan 5G di peringkat global dan ia dijangka dapat meningkatkan eksport E&E sebanyak tiga peratus

“Pada masa yang sama, eksport bukan E&E dijangka berkembang sebanyak 2.1 peratus berikutan permintaan lebih tinggi untuk kimia dan produk berkaitan kimia, produk getah serta barangan pembuatan logam,” kata MoF.

Dalam pada itu, eksport barangan pertanian diunjurkan berkembang sebanyak 4.4 peratus pada 2021 dipacu oleh peningkatan permintaan bagi minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli

“Sejajar dengan pemulihan aktiviti ekonomi dunia serta peningkatan harga minyak mentah, pendapatan menerusi eksport barangan perlombongan dijangka pulih sebanyak 2.1 peratus disumbangkan oleh permintaan yang lebih tinggi daripada pasaran utama bagi minyak mentah (2.0 peratus) dan gas asli cecair (2.2 peratus),” katanya.

Pada masa yang sama, import kasar dijangka kembali pulih sebanyak 5.3 peratus pada 2021 disokong oleh peningkatan dalam semua jenis import.

“Import barangan pengantara pula diunjur meningkat sebanyak 5.2 peratus, kebanyakannya disebabkan oleh pengembangan dalam sektor pembuatan dan pembinaan.

“Pada masa yang sama, import barangan modal diunjur meningkat sebanyak 14.3 peratus berikutan peningkatan aktiviti pelaburan dan penerusan projek strategik,” kata MoF.

Import barangan penggunaan dijangka meningkat sebanyak tiga peratus dipacu oleh permintaan lebih tinggi daripada isi rumah berikutan keyakinan pengguna telah kembali pulih dan peningkatan pendapatan.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel