BERITA

Kerajaan semak unjuran MTFF 2021-2023, KDNK dijangka antara 4.5-5.5 peratus  



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan telah menyemak semula unjuran Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana (MTFF) 2021-2023 termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

KDNK sebenar dalam lingkungan 4.5 peratus hingga 5.5 peratus, harga minyak mentah dalam lingkungan US$45 hingga US$55 setong dan pengeluaran minyak sebanyak 580,000 tong sehari dalam tempoh berkenaan.

Unjuran terkini mengambil kira kepada andaian makroekonomi dan fiskal terkini termasuk kesan krisis COVID-19, kata Kementerian Kewangan dalam laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 yang dikeluarkan hari ini.

MTFF merupakan alat penting dalam pengurusan dasar fiskal bagi menggalakkan disiplin fiskal bagi memastikan agihan sumber secara optimum dan menyediakan unjuran melangkaui lingkungan perancangan tahunan.

Dalam jangka masa sederhana, jumlah hasil dijangka mencatat RM731 bilion atau 14.7 peratus daripada KDNK dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh hasil bukan petroleum yang dianggarkan berjumlah RM609.7 bilion atau 12.3 peratus daripada KDNK.

Hasil berkaitan petroleum diunjurkan RM121.3 bilion atau 2.4 peratus daripada KDNK.

“Kerajaan akan terus meningkatkan kutipan hasil dengan meneroka sumber hasil baharu, memperluas asas hasil, menambah baik pentadbiran cukai dan lebih penting, mengguna pakai Strategi  Hasil Jangka Sederhana,” menurut Kementerian Kewangan.

Jumlah siling indikatif termasuk peruntukan kumpulan wang COVID-19 bagi perbelanjaan tiga tahun dianggar berjumlah RM959.8 bilion atau 19.3 peratus daripada KDNK.

Peruntukan perbelanjaan mengurus diunjur sebanyak RM730.3 bilion atau 14.7 peratus daripada KDNK manakala perbelanjaan pembangunan sebanyak RM212.5 bilion atau 4.3 peratus daripada KDNK.

“Siling indikatif ini memberi panduan yang menyeluruh kepada kementerian dan agensi dalam proses perancangan belanjawan untuk memastikan pengurusan fiskal lebih bersasar dan berdisplin,” kata kementerian.

Oleh itu, Kementerian Kewangan berkata defisit fiskal keseluruhan disasarkan pada purata 4.5 peratus daripada KDNK untuk tempoh tiga tahun manakala hutang Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat pada paras yang terkawal.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel