KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan serta transformasi penstrukturan yang pesat dalam hanya tempoh empat dekad, bermula daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada perkhidmatan dan seterusnya kepada sektor pembuatan sebagai pemacu pertumbuhannya.
Menurut Kementerian Kewangan (MoF), sektor pertanian dijangka menokok sebanyak 4.7 peratus pada 2021, disokong oleh peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit dan getah.
“Subsektor kelapa sawit dijangka pulih berikutan kenaikan permintaan global dari China dan India,” katanya dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2021.
Selain itu, harga minyak sawit mentah (MSM) juga diunjurkan stabil dengan lonjakan permintaan susulan pemulihan dalam operasi perhotelan, restoran serta katering termasuk mandat biodiesel yang lebih tinggi di Indonesia dan Malaysia.
Bagaimanapun, separuh kedua 2020 telah menyaksikan sektor pertanian menguncup sebanyak 3.9 peratus disebabkan oleh pertumbuhan subsektor kelapa sawit dan getah yang lebih rendah berikutan gangguan bekalan.
“Subsektor kelapa sawit telah mula terjejas sebelum penularan pandemik COVID-19 lagi, yang berpunca daripada cuaca kering dan pengurangan penggunaan baja pada 2019 oleh pekebun kecil, manakala subsektor getah turut merosot berikutan cuaca yang tidak menentu disamping harga getah yang semakin lemah,” katanya.
Selain itu, MoF berkata sektor pertanian terus terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan kejatuhan pengeluaran dalam banyak subsektor.
“Pada separuh kedua 2020, sektor pertanian kembali pulih sebanyak 1.4 peratus, dipacu oleh pemulihan semula dalam subsektor kelapa sawit, pengeluaran subsektor ternakan serta pertanian lain juga dijangka meningkat selepas disokong oleh permintaan yang lebih stabil bagi barangan makanan terutamanya semasa musim perayaan.
Sehubungan itu, sektor pertanian dijangka mencatatkan penguncupan sebanyak 1.2 peratus pada 2020.
Selanjutnya, pengeluaran ternakan dan pertanian serta perikanan lain diramal akan meningkat seiring dengan berbagai inisiatif yang disediakan kerajaan dalam memodenkan subsektor makanan pertanian.
“Ini merangkumi integrasi teknologi pertanian seperti agro-robotik, sensor, dron, pengembangan data pertanian dan aplikasi Internet Pelbagai Perkara (IoT). Usaha ini bertujuan menambah pengeluaran makanan dalam menjamin makanan agar dapat terus mempertahankan pertumbuhan subsektor,” tambah MoF.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel