KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan yang bertanggungjawab perlu sentiasa proaktif dan pantas dalam menyediakan ruang fiskal untuk melaksanakan langkah bagi melindungi keselamatan dan memastikan kesejahteraan rakyat dalam tempoh krisis.
Kementerian Kewangan (MoF) berkata penggubalan Akta COVID-19 merupakan inisiatif kerajaan menangani impak negatif sosio-ekonomi akibat pandemik ini dalam kerangka perundangan dengan tambahan fleksibiliti dan tadbir urus baik.
"Memandangkan akta ini bersifat sementara, kerajaan perlu meneruskan semula langkah penggabungan fiskal selepas krisis ini berakhir bagi memastikan kemampanan kewangan awam dalam jangka masa panjang," kata MoF dalam laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021.
Laporan tersebut dikeluarkan sempena pembentangan Bajet 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Antara langkah yang diperkenalkan di bawah Akta COVID-19 adalah meningkatkan had siling jumlah hutang di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) sehingga 60 peratus daripada 55 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK).
Akta COVID-19 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 24 Ogos 2020 dan Dewan Negara pada 21 Sept 2020.
Kementerian Kewangan berkata peningkatan aras hutang hanya bersifat sementara bagi tempoh tiga tahun sehingga 31 Dis, 2022, dan tempoh ini menyediakan masa yang mencukupi untuk kerajaan kembali melaksanakan langkah penggabungan fiskal dan mematuhi had siling hutang asal.
“Hutang kerajaan persekutuan adalah berjumlah RM874.3 bilion atau 60.7 peratus daripada KDNK sehingga akhir September 2020. Daripada jumlah ini, 96.7 peratus adalah terdiri daripada sekuriti dalam bentuk ringgit manakala selebihnya adalah dalam mata wang asing,” kata MoF.
Sementara itu, hutang dalam negeri meningkat kepada RM845 bilion berbanding RM764.2 bilion pada akhir 2019, meliputi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) sebanyak RM436.6 bilion dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) yang berjumlah RM360.3 bilion.
MoF berkata kertas MGS kekal sebagai instrumen utama pinjaman merangkumi 49.9 peratus daripada jumlah hutang kerajaan persekutuan manakala MGII merekodkan bahagian yang signifikan sebanyak 41.2 peratus.
Pinjaman luar pesisir, yang merangkumi sekuriti pasaran dan pinjaman projek, kekal stabil pada RM29.3 bilion - di bawah had berkanun iaitu RM35 bilion, katanya.
Kementerian berkata caj perkhidmatan hutang adalah pada RM34.5 bilion atau 15.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan kerajaan pada tahun ini.
Jumlah tersebut adalah lebih tinggi daripada jangkaan asal pada 14.3 peratus semasa pembentangan Bajet 2020.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel