BERITA

Kerajaan tubuh Kumpulan Wang COVID-19 dengan suntikan fiskal RM45 bilion



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan telah menubuhkan Kumpulan Wang COVID-19 dengan suntikan fiskal sebanyak RM45 bilion bagi memastikan pelaksanaan program dan projek di bawah pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi yang lebih teratur.

Tabung tersebut ditubuhkan dengan tempoh kuatkuasa selama tiga tahun yang akan berakhir pada 31 Disember, 2022, kata Kementerian Kewangan dalam laporan Tinjauan Fiskal 2021 yang dikeluarkan hari ini.

“Peruntukan bagi program dan projek di bawah Kumpulan Wang ini boleh dibelanjakan sepanjang tempoh tersebut.

“Langkah ini membolehkan program dan projek di bawah pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi dibiayai sepenuhnya melalui pinjaman dalam negeri,” kata laporan itu.

Menurut laporan itu, pindahan peruntukan antara program dan projek dibenarkan dalam had yang diberi iaitu RM45 bilion dan sekiranya terdapat keperluan untuk program baharu atau peruntukan tambahan, kerajaan perlu membuat pindaan ke atas Jadual  kepada Akta COVID-19 untuk dibentang dan diluluskan Parlimen.

Ia merupakan langkah tambahan selepas langkah fiskal awal termasuk beberapa pakej rangsangan ekonomi seperti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

“Krisis COVID-19 telah mewujudkan keperluan untuk menubuhkan kumpulan Wang COVID-19 yang membenarkan terimaan daripada pinjaman dipindahkan kepada kumpulan Wang untuk digunakan bagi inisiatif di bawah pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi.

“Justeru, Kumpulan Wang tersebut dirangka untuk pelaksanaan yang cepat, pemantauan yang efektif dan pelaporan pakej yang tepat yang seterusnya menambah baik kebertanggungjawapan dan ketelusan pengurusan kewangan awam,” kata laporan itu.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel