BERITA

Kewangan 2020 CPS dijangka catat lebihan semasa rendah sebanyak RM65 bilion  



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kedudukan kewangan sektor awam disatukan (CPS) pada 2020 dijangka mencatat lebihan semasa lebih rendah sebanyak RM65 bilion (2019: RM77.5 bilion).

Menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan pengurangan lebihan semasa syarikat awam bukan kewangan (SABK) sebanyak 33.1 peratus kepada RM85.3 bilion apabila hasil SABK berkurangan berikutan pandemik COVID-19. 

Di samping itu, perbelanjaan pembangunan (DE) sektor awam disatukan diunjur kekal sekitar RM132 bilion, manakala defisit keseluruhan CPS dijangka meningkat ketara kepada RM105 bilion atau 7.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2020 (2019: RM54.9 bilion; 3.6 peratus).

Bagi hasil disatukan kerajaan am pada 2020, ia dianggarkan berkurangan sebanyak 10.5 peratus kepada RM288.1 bilion, manakala peruntukan perbelanjaan mengurus (OE) disatukan juga mencatatkan penurunan sebanyak 11.3 peratus kepada RM264.7 bilion.

“Penurunan ini disebabkan oleh pengurangan hasil dan OE Kerajaan Persekutuan, menyebabkan lebihan semasa lebih rendah sebanyak RM23.4 bilion (2019: RM23.7 bilion).

“Peruntukan DE disatukan juga dijangka berkurangan secara marginal sebanyak 0.7 peratus kepada RM56.9 bilion terutamanya disebabkan DE Kerajaan Persekutuan yang lebih rendah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya perbelanjaan keseluruhan dijangka meningkat kepada RM359.6 bilion (2019: RM318.6 bilion, tidak termasuk bayaran balik cukai) disebabkan perbelanjaan tambahan Kerajaan Persekutuan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 yang baharu ditubuhkan bagi pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi.

“Sehubungan itu, selepas semua pindahan dan pinjaman bersih antara unit diasingkan, defisit keseluruhan kerajaan am dijangka meningkat kepada RM71.5 bilion atau 5 peratus daripada KDNK pada 2020,” menurut laporan itu.

Hasil disatukan bagi kerajaan negeri pada 2020 diunjurkan meningkat sebanyak 10.6 peratus kepada RM33.6 bilion atau 2.3 peratus daripada KDNK.

“Hasil cukai dianggarkan berjumlah RM8 bilion atau 23.9 peratus daripada jumlah hasil disatukan.

“Cukai langsung yang sebahagian besarnya terdiri daripada cukai ke atas sumber asli seperti tanah, lombong dan perhutanan dijangka menyumbang RM3.4 bilion, manakala cukai tidak langsung diunjurkan sebanyak RM4.6 bilion atau 58 peratus daripada hasil cukal terutamanya disumbangkan oleh cukai jualan di negeri Sarawak yang sebahagian besarnya dikenakan ke atas produk petroleum,” katanya.

Hasil bukan cukai dijangka mencatat sebanyak RM13 bilion atau 37.5 peratus daripada jumlah hasil disatukan, dipacu oleh bayaran pampasan ke atas produk berkaitan petroleum berjumlah RM3.5 billion, faedah pelaburan RM3.5 billon serta premium tanah RM2.2 bilion.

Menurut laporan itu, jumlah perbelanjaan disatukan kerajaan negeri pada 2020 dijangka meningkat sebanyak 13.7 peratus kepada RM25.9 bilion disebabkan peningkatan OE dan DE.

“Peruntukan OE disatukan diunjurkan bertambah sebanyak 20 peratus kepada RM14.3 bilion (2019: 0.2 peratus; RM11.9 billion) terutamanya disebabkan jumlah pindahan dan kenaan bayaran tetap serta perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan yang lebih tinggi.

“Peruntukan DE disatukan dijangka meningkat sebanyak 6.9 peratus kepada RM11.6 bilion (2019: -17 peratus; RM10.9 bilion),” katanya. 

Projek pembangunan utama yang dilaksanakan pada 2020 antaranya termasuklah penyediaan infrastruktur dan fasiliti awam di kawasan luar bandar Sarawak, pembinaan dan penaiktarafan jalan raya di Selangor, pembaikpulihan dan penaiktarafan loji rawatan air di Terengganu serta pembangunan projek bekalan air di Terengganu dan Pahang.

“Berdasarkan prestasi tersebut, kedudukan kewangan kerajaan negeri disatukan bagi 2020 dijangka mencatat lebihan semasa sebanyak RM19.3 bilion mewakili 57.5 peratus daripada jumlah hasil disatukan.

“Baki keseluruhan kerajaan negeri dianggarkan turut mencatat lebihan RM8.7 bilion atau 0.6 peratus daripada KDNK,” katanya.

Menurut laporan itu, kedudukan kewangan disatukan bagi SABK dijangka mencatat lebihan semasa yang lebih rendah sebanyak RM41.6 bilion pada 2020 (2019: RM54.1 bilion), disebabkan oleh pengurangan yang lebih tinggi dalam kutipan hasil berbanding perbelanjaan semasa berikutan persekitaran pasaran yang lemah dan rasionalisasi kos.

“Penurunan ini juga susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan aktiviti ekonomi yang lebih perlahan akibat daripada sekatan pergerakan global yang telah memberi kesan ke atas prestasi kewangan SABK.

“Sehubungan itu, defisit keseluruhan bagi 2020 dianggarkan mencatatkan sebanyak RM33.5 bilion (2019: RM21.3 bilion) atau 2.3 peratus daripada KDNK,” katanya.

Katanya jumlah perbelanjaan SABK bagi 2020 djangka mengalami penyusutan kepada RM353.4 bilion atau 24.6 peratus daripada KDNK disebabkan perbelanjaan semasa yang lebih rendah sebanyak 16.3 peratus kepada RM278.3 bilion.

“Bagi tahun ini, kebanyakan SABK telah mengambil langkah kawalan kewangan yang signifikan dan mengkaji semula strategi perniagaan syarikat akibat jangkaan pengurangan kutipan hasil 2020.

“Langkah ini termasuk pengurangan kos operasi dan kos input untuk memastikan kelangsungan perniagaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel