KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Usaha mengurangkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar terus menjadi antara fokus utama kerajaan walaupun ketika berhadapan dengan situasi COVID-19 menerusi peruntukan sebanyak RM2.7 bilion bagi melaksanakan pelbagai program dan projek penambahbaikan infrastruktur luar bandar.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia meliputi peruntukan sebanyak RM1.3 bilion bagi melaksanakan projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 920 kilometer, dijangka memberi manfaat kepada lebih 290,000 penduduk.
“Sebanyak RM632 juta diperuntukkan bagi bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif dengan sasaran 4,800 rumah. Sebanyak RM250 juta disediakan untuk bekalan elektrik luar bandar dengan sasaran lebih 1,100 buah rumah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Tengku Zafrul berkata, sebanyak RM355 juta juga diperuntukkan bagi Program Bantuan Rumah kepada golongan miskin iaitu membina rumah baharu dan membaik pulih rumah, dengan sasaran sebanyak 15,000 rumah.
Selain itu, sebanyak RM121 juta juga diperuntukkan bagi memasang 27,000 unit lampu serta menanggung kos operasi dan penyelenggaraan 500,000 unit lampu jalan kampung.
Bagi Sabah dan Sarawak, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan memperluas perkhidmatan bank bergerak di kedua-dua negeri itu seperti yang telah dilaksanan kerajaan negeri Sarawak.
Langkah itu katanya, dapat membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan kemudahan mengeluarkan wang bantuan kerajaan.
Tengku Zafrul berkata had kelayakan penggunaan dana di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) juga dibenarkan dinaikkan sehingga 20 peratus atau RM50 juta, yang mana lebih rendah bagi membiayai kerja penyelenggaraan jalan di luar skop biasa MARRIS.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel