KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Tindakan pantas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas dalam usaha meratakan lengkung jangkitan COVID-19 di samping pemberian pakej rangsangan berjaya mengurangkan impak krisis akibat pandemik itu.
Menurut Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, inisiatif tersebut disokong oleh pematuhan secara keseluruhan oleh rakyat terhadap semua fasa PKP dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Malaysia telah mendapat pengiktirafan global sebagai antara negara yang berjaya membendung pandemik itu,” menurut laporan itu.
Laporan itu turut menyatakan kawalan pergerakan dan penjarakan fizikal yang melibatkan penutupan sementara kebanyakan perniagaan terutamanya yang tidak dikategorikan sektor penting dan kritikal telah mengakibatkan peningkatan pengangguran.
Bagaimanapun, kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM230 bilion, PRIHATIN Plus bernilai RM10 billion dan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) berjumlah RM35 bilion bertujuan mengurangkan impak krisis tersebut.
Laporan itu menyatakan langkah rangsangan ekonomi dilihat telah membuka jalan bagi pemulihan ekonomi yang kukuh, namun bergantung kepada kejayaan kawalan berterusan terhadap jangkitan.
“Krisis ini membuka peluang kepada perniagaan untuk memperbaharui strategi, mempercepat tranformasi digital serta mengagih semula sumber bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti,” menurut laporan itu.
Perang menentang COVID-19 masih belum berakhir dan usaha membendung virus serta impak masih berterusan sehingga vaksin ditemui dan dapat diakses secara meluas.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel