KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Persekitaran monetari dan kewangan negara kekal kukuh sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan menyokong kepada pemulihan ekonomi, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
“Dasar monetari telah meredakan kesan buruk pandemik terhadap ekonomi berikutan langkah yang diambil bagi membendung penularan virus COVID-19.
“Dasar ini juga telah menyediakan langkah rangsangan tambahan bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi,” katanya.
Katanya operasi monetari dijangka akan dipacu oleh pasaran wang dan pertukaran asing yang rancak serta aktiviti pengantaraan.
Mengenai perkembangan monetari, Bank Negara Malaysia telah menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) secara berturut-turut sebanyak 125 mata asas (bps) pada tujuh bulan pertama tahun 2020 kepada 1.75 peratus iaitu paras terendah yang pernah direkodkan.
Kadar faedah dalam sistem perbankan telah dikurangkan selari dengan pengurangan OPR sejak Januari 2020.
Katanya sektor perbankan dijangka kekal teguh dan teratur, disokong oleh mudah tunai dan penampan modal yang mencukupi.
“Pasaran modal akan terus berdaya tahan didorong oleh infrastruktur dan instrumen sedia ada yang baik.
“Bagaimanapun, kebimbangan terhadap momentum pemulihan ekonomi global akibat pandemik, ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China yang berlarutan, harga komoditi yang rendah serta volatiliti dalam pasaran kewangan global dijangka mempengaruhi prestasi kewangan dan pasaran modal,” katanya.
Bagi tempoh Januari-Julai, bank tempatan kekal teguh walaupun berdepan dengan persekitaran yang mencabar, disokong oleh pasaran kewangan yang teratur dan keyakinan berterusan terhadap sektor perbankan.
Aktiviti pinjaman yang menurun menunjukkan sentimen berhati-hati terhadap prospek pertumbuhan global dan domestik.
Pinjaman yang diluluskan dan pinjaman yang dikeluarkan berkurangan sebanyak 22 peratus dan 7.3 peratus kepada RM185.5 bilion dan RM657.1 bilion dalam tempoh tujuh bulan tersebut.
Kelulusan pinjaman kepada perniagaan merosot sebanyak 12.5 peratus kepada RM80.7 bilion pada akhir Julai 2020, sementara kelulusan pinjaman kepada isi rumah menurun 30 peratus kepada RM88.9 bilion.
Jumlah hutang isi rumah meningkat sebanyak 4.0 peratus kepada RM1.27 trilion, iaitu 87.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar pada akhir Jun 2020.
Menurut laporan itu, peningkatan itu terutamanya disebabkan kemerosotan ketara dalam KDNK pada separuh pertama tahun 2020 dengan sebahagian besar hutang terdiri daripada pinjaman untuk pembelian hartanah kediaman (55.9 peratus).
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel