KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Sektor pembinaan dijangka berkembang sebanyak 3.7 peratus pada 2020 melalui pecutan dan pemulihan projek mega serta pembinaan rumah mampu milik.
Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2020 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF), pelaburan dalam kerja-kerja infrastruktur dijangka merancakkan lagi segmen kejuruteraan awam.
"Ini termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Transit Aliran Massa (MRT) 2, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, Landasan Berkembar Lembah Klang
Fasa 2 (KVDT2), 'Central Spine Road', Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Pesisir Pantai di Sarawak," kata laporan itu.
Untuk tahun ini, sektor pembinaan dijangka berkembang 1.7 peratus selepas disokong oleh segmen kejuruteraan awam dalam projek berkaitan infrastruktur.
Bagaimanapun, prestasi sektor itu akan menerima kesan daripada pertumbuhan hartanah kediaman dan komersial yang agak lembap.
Sementara itu, subsektor kediaman akan berkembang pada kadar yang lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hartanah yang siap dibina tetapi tidak terjual yang berpunca daripada penawaran dan permintaan yang tidak sepadan.
Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan termasuk pembinaan 60,000 unit kediaman setiap tahun dalam tempoh 10 tahun dan pengukuhan semula Dasar Perumahan Negara yang dijangka dapat merancakkan lagi pertumbuhannya menjelang 2020.
"Di samping itu, peningkatan dana untuk rumah mampu milik oleh Bank Negara Malaysia akan membolehkan pembeli rumah pertama menikmati komitmen bulanan yang lebih rendah sehingga 20 peratus yang seterusnya akan menyokong subsektor tersebut," katanya lagi.
Bagi subsektor bukan kediaman, prestasinya menjelang tahun depan masih agak lemah berikutan kekurangan inisiatif ke atas projek-projek komersial mega.
Projek-projek yang sedang berjalan seperti Pusat Bandar Bukit Bintang, KLIA Aeropolis DFTZ Park, Kwasa Damansara, Malaysia Vision Valley dan Menara Merdeka 118 akan menyokong subsektor ini.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel