BERITA

Kerajaan bina daya tahan PKS melalui pelbagai inisiatif



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membentuk komponen terpenting dalam ekonomi Malaysia, tetapi pandemik COVID-19 telah mendedahkan kerapuhan dalam cara PKS menjalankan perniagaan mereka. 

Bagaimanapun, campur tangan kerajaan melalui PRIHATIN dan PRIHATIN PKS  dijangka membantu dapat membantu PKS untuk terus bertahan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar ketika ini, kata Kementerian Kewangan (MoF) dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan hari ini. 

Pandemik ini juga telah mewujudkan normal baharu dalam amalan perniagaan termasuk penggunaan model perniagaan digital, mengorientasikan semula rantaian bekalan dan menyesuaikan perniagaan dengan peralihan tingkah laku pengguna.

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan kemampanan dan daya tahan PKS pada sepanjang masa, kata kementerian itu. 

Ini boleh dibuat melalui pelaksanaan inisiatif seperti mempercepatkan langkah pendigitalan, mengguna pakai perancangan kewangan strategik dan meningkatkan keupayaan penjenamaan. 

Penggunaan digital adalah perlu untuk mengubah PKS menjadi lebih berdaya saing dan berdaya tahan. 

"Pendigitalan membantu perniagaan agar lebih memahami pelanggan mereka, mengukur keberkesanan kempen pemasaran, meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, transformasi produk dan memperkasakan pekerja," katanya.

 Pelbagai kajian mengesahkan bahawa mengguna pakai perancangan kewangan strategik akan meningkatkan prestasi perniagaan dan kadar kejayaan PKS. 

MoF ketika memetik kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia berkata lebih 70 peratus keperluan pembiayaan PKS diperoleh secara dalaman atau daripada simpanan peribadi, manakala selebihnya didapatkan daripada bank serta institusi pembangunan kewangan dan mikrokredit.

Sekarang ini, PKS tempatan hanya merangkumi 18 peratus daripada jumlah eksport disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai akses pasaran dan kesediaan untuk eksport.

"Terdapat keperluan untuk PKS mengguna pakai kaedah kos efektif melalui pendekatan berorientasikan teknologi bagi mengkomersialkan produk mereka," katanya. 

PKS merangkumi 98.5 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan di negara ini, terutamanya dalam sektor perkhidmatan.

 -- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel