KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Belanjawan 2021 memperuntukkan perbelanjaan berjumlah RM322.5 bilion, perbelanjaan terbesar dalam sejarah, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM69 bilion bagi pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19, manakala RM2 bilion lagi diperuntukkan bagi simpanan luar jangka.
“Mengambil kira anggaran itu, defisit fiskal 2021 diunjur pada kadar 5.4 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 dengan tema ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ di Dewan Rakyat, hari ini.
Ini merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dibentuk Mac lepas.
Pada Belanjawan 2020 yang diumum kerajaan Pakatan Harapan tahun lepas, sebanyak RM297 bilion diperuntukkan.
Tengku Zafrul berkata susulan penularan COVID-19, prestasi kutipan hasil kerajaan telah terjejas, justeru hasil kerajaan pada tahun 2020 telah disemak semula kepada RM227.3 bilion, hampir RM18 bilion kurang daripada unjuran asal sebanyak RM244.5 bilion seperti diumum dalam Belanjawan 2020 sebelum ini.
Walaupun dalam keadaan hasil yang kurang, katanya kerajaan tidak berkompromi bagi melindungi nyawa dan kehidupan dalam memerangi COVID-19.
“Maka, jumlah perbelanjaan keseluruhan tahun 2020 dianggar sebanyak RM314.7 bilion, meningkat RM17.7 bilion berbanding unjuran asal.
“Peningkatan perbelanjaan ini bertujuan membiayai pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi. Sehubungan itu, defisit fiskal bagi tahun 2020 dianggar meningkat kepada enam peratus berbanding sasaran asal 3.2 peratus,” katanya.
Bagi tahun hadapan, walaupun menjangkakan kesan COVID-19 akan terus dirasai, Tengku Zafrul berkata kutipan hasil kerajaan tahun hadapan dijangka meningkat berbanding tahun ini kepada RM236.9 bilion.
“Namun demikian, kerajaan memutuskan supaya Belanjawan 2021 merupakan belanjawan yang mengembang atau expansionary,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa dalam merangka belanjawan berkenaan, buat pertama kalinya siri jelajah dan konsultasi ke seluruh negara telah dilaksanan dengan lebih 38 sesi dialog melibatkan lebih 40 bidang perniagaan dan perusahaan.
Katanya Kementerian Kewangan juga telah mengadakan sesi libat urus bersama kepimpinan Kementerian Kerajaan Persekutuan, kepimpinan Kerajaan Negeri, kapten industri, ahli akademik, badan-badan bukan kerajaan, pemimpin parti politik dan pelbagai lapisan rakyat.
Tambahnya, ia dirangka berdasarkan tiga matlamat induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.
“Kesemua matlamat ini merupakan kesinambungan kepada pekej Prihatin, Prihatin PKS Tambahan, Penjana, dan Kita Prihatin,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel