BERITA

Belanjawan 2021: Peruntukan RM90 juta bagi program imunisasi pneumokokal



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan memperuntukkan RM90 juta bagi program imunisasi pneumokokal yang dijangka memanfaatkan 500,000 kanak-kanak, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Beliau berkata sejumlah RM25 juta diperuntukkan bagi program rawatan Peritoneal Dialysis di rumah bertujuan meningkatkan kualiti rawatan pesakit buah pinggang serta mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di hospital.

“Sejumlah RM6 juta turut diperuntukkan bagi perolehan ubat biologik bagi pelbagai jenis penyakit rheumatologi seperti rheumatoid arthritis,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu  Tengku Zafrul berkata kerajaan turut memperuntukkan RM24 juta bagi pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.

Beliau menjelaskan peruntukan itu diberi setelah mengambil kira lebih 35,000 panggilan yang diterima oleh Talian Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan antara bulan Mac dan Oktober lepas, yang antara mengenai masalah tekanan perasaan, kegelisahan dan kemurungan.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata bagi menambah baik program mySalam, kerajaan akan memperluaskan perlindungan itu ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis.

Jelasnya ia susulan mySalam telah membayar tuntutan berkaitan hospitalisasi dan penyakit kritikal sebanyak RM64 juta kepada 56,000 pesakit selain 19,000 individu menerima pampasan berjumlah RM 11 juta setakat 31 Okt lepas.

Selain itu kerajaan bercadang memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang dengan setiap penerima akan diberi baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

“Kerajaan juga melanjutkan tempoh pengecualian duti setem ke atas semua produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan melebihi RM100 untuk tempoh lima tahun lagi sehingga tahun taksiran 2025,” katanya.

Beliau berkata sejumlah RM10 juta diperuntukkan bagi program saringan kanser serviks, dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

-- BERNAMA

 

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel