KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun guru takmir daripada RM800 kepada RM900 sebulan menerusi Belanjawan 2021 bagi menghargai jasa 4,000 golongan berkenaan sebagai antara penggerak komuniti di peringkat kariah.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut mengumumkan pemberian bayaran khas one-off sebanyak RM500 kepada imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir, dan guru KAFA, yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 700,000 orang.
Tengku Zafrul berkata ia merupakan antara inisiatif kerajaan menerusi usaha memartabatkan syiar Islam di bawah agenda keterangkuman, menyaksikan sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Beliau berkata kerajaan akan memperkasa pengurusan wakaf melalui kerjasama antara Yayasan Wakaf Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).
“Pelan Induk Wakaf Nasional akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap dan dapat memaksimumkan aset wakaf pada masa hadapan,” katanya.
Dari aspek pemerkasaan bumiputera, beliau berkata sejumlah RM11.1 bilion pula diperuntukkan untuk menyokong pembangunan bumiputera dan mengurangkan ketidaksamarataan antara kaum.
“Antaranya sejumlah RM6.5 bilion ringgit diperuntukkan untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada institusi bumiputera seperti Mara dan UiTM bagi menjalankan prgram khusus termasuk pendigitalan pembelajaran TVET dan menaik taraf program peringkat sijil ke diploma,” katanya.
Beliau berkata sejumlah RM510 juta pula diperuntukkan bagi tujuan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan PKS mikro bumiputera melalui TEKUN dan PUNB dan RM800 juta melalui program peningkatan keupayaan oleh Bank Pembangunan Malaysia dan SME Bank.
“Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi membantu pembiayaan PKS bumiputera melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP). RM1.3 bilion lagi untuk pelbagai program peningkatan kapasiti termasuk pembangunan profesional, Dana Kemakmuran Bumiputera serta program khusus untuk bumiputera,” katanya.
Tengku Zafrul berkata RM750 juta juga disediakan kepada Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi meningkatkan nilai pegangan bumiputera dalam sektor hartanah bagi pembangunan komersial atas tanah rizab Melayu.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel